Oct 17, 2018

Makna Bacaan Duduk Antara Dua Sujud

Akak sharing, sebab akak caring ๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰

Sumber : PU Amin

Kuantiti vs Kualiti

Semalam akak buat lawatan (lawatan lah sangat) dekat kedai eco..misi mencari wallpaper sebenarnya..nak beli 1 ja, sebab tak cukup..sekali melayang rm30++ kat kaunter tu..

Nak dijadikan cerita, akak terdengar 2 orang perempuan tengah berbual..akak tak pasang telinga okay..kebetulan masa akak lalu tu, akak terdengar ayat dia macam ni..

"Orang kerja hebat-hebat ni, biasanya anak terabai"

Haa..tu dia !!!..jangan tanya apa yang seterusnya, sebab akak tidak la koser nak nunggu kek situ..

Persoalannya?? Fakta ke auta??

Relevannya, anak-anak mungkin terabai sebab kerja yang hebat perlu pengorbanan masa dan tenaga yang banyak.

Realitinya, masa dan tenaga yang diluang bersama anak-anak, sekiranya tidak berkualiti, bagi akak, sama saja..ni la yang akak katakan kuantiti vs kualiti..

Kuantiti ✓ Kualiti X = 👎
Kuantiti X Kualiti ✓ = 👌
Kuantiti ✓ Kualiti ✓ = 👍

Ni sekadar pandangan akak..kalau setuju, alhamdulillah..kalau tak setuju, akak alu-alukan komen anda ye..adios 🙂

~ akak ~

Oct 16, 2018

Amalan Sebelum Tidur

Rasulullah SAW berpesan kepada Siti Aisyah ra.

“ Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara iaitu :

1. Sebelum khatam al-Quran
2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat
3. Sebelum para muslimin meridhai engkau
4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah “

Bertanya siti Aisyah :
“Ya Rasulullah ! bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika? “

Rasul tersenyum dan bersabda :

1. “Jika engkau akan tidur , membacalah surat al –Ikhlas tiga kali. Seakan-akan engkau telah mengkhatamkan Al-Quran

2. “Membacalah shalawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku” maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat “

3. “Beristighfarlah” untuk para mukminin maka mereka akan meridhai engkau

4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir” maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah

( Tafsir Haqqi)

Sumber : peribadirasulullah
-------------------------------------------------------------------

Siapa yang memang buat amalan ni? Kalau dah buat, alhamdulillah..kalau belum, apa kata mulakan ini malam..pahala mudah, pahala free, takkan tak nak kot..renung-renungkan..๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰

~ akak ~

Oct 15, 2018

Trend Papar Nama Anak di FB

Trend paparkan nama anak, tempat lahir, berat lahir di fb..siapa yang dah terje ak, cer angkat tangan..haha..akak hampir terjebak, tapi bila fikir balik, tak perlu kot..pastu tetiba terbaca sharing kat bawah..bagus sangat..korang baca erk 🙂

~ akak ~

Nampaknya di Facebook sedang menjadi trend memaparkan "Nama Anak-anak Saya" di mana ramai yang berkongsi senarai nama penuh anak beserta maklumat terperinci anak2, termasuk, umur, tarikh lahir, tempat lahir, dll. Di bawahnya pula ada tertera ayat "Make your own version of this list" yang mengajak/mengundang pembaca memuatnaik maklumat anak masing2 pula.

Ketahuilah, ini sebenarnya satu bentuk social engineering (iaitu satu ancaman siber) utk mendapatkan maklumat peribadi mangsa, iaitu pemilik akaun Facebook tersebut dan juga anak2nya.

Anda takkan terbayang bagaimana maklumat2 ini boleh digunakan oleh pihak yg tidak bertanggungjawab, dan boleh mendatangkan bahaya kepada anak dan juga keluarga anda.

Oleh itu, wahai ibu bapa, lindungilah data peribadi keluarga dan anak2. Jangan kita terlalu ghairah berkongsi dan terpedaya dengan mesej ajakan atau aplikasi yang cuba memanipulasi pengguna untuk mendapatkan maklumat peribadi.

Eloklah dipadam posting tersebut (walaupun memadam data di media sosial tidak akan menghapus data tersebut secara kekal, kerana ia masih ada di server). Sekurang-kurangnya ia tidak lagi boleh dilihat warga media sosial dan tersebar merata.

Do not overshare.
Lindungi data peribadi.
Lindungi keluarga kita dari penyangak siber.

#PencerdasanUmat
#BerilmuBerbakti

Pesanan ikhlas dari:
Prof. Madya Dr. Nur Izura Udzir
Pakar Keselamatan Maklumat UPM.
Naib Presiden, Wadah Pencerdasan Umat Malaysia
14/10/2018

Sumber : fb Higher Education Link Centre

Oct 14, 2018

Saleem Iklim

Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Saleem Iklim yang telah pun meninggal dunia pada 6.15 pagi tadi di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Malaysia telah kehilangan seorang bintang yang sangat besar bakatnya..lagunya, suaranya akan tetap segar di ingatan..

Oct 13, 2018

Octoberfest..Wajarkah?

"Ya Allah, lindungi kami dan keturunan kami, ya Allah.."

Akhir zaman, Islam makin tertindas..

"Bantulah kami, ya Allah.."

Sumber : Ustaz Hanafi

Oct 11, 2018

Alasan Ponteng Kerja

Malas nak pergi kerja...
Tapi tak pasti nak bagi alasan apa...
Nah, ada 100++ list alasan...
Awal tahun nanti, print sekeping...
Once dah guna, tick ye, tak pun highlight kan..takut terguna alasan yang sama 😉😉

~ akak ~

Sumber : Buzzkini

 

My Chenta Hati

Daisypath Anniversary tickers

My Precious...

Daisypath Happy Birthday tickers
Copyright 2009 MyPalace. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan