Semalam akak buat lawatan (lawatan lah sangat) dekat kedai eco..misi mencari wallpaper sebenarnya..nak beli 1 ja, sebab tak cukup..sekali melayang rm30++ kat kaunter tu..
Nak dijadikan cerita, akak terdengar 2 orang perempuan tengah berbual..akak tak pasang telinga okay..kebetulan masa akak lalu tu, akak terdengar ayat dia macam ni..
"Orang kerja hebat-hebat ni, biasanya anak terabai"
Haa..tu dia !!!..jangan tanya apa yang seterusnya, sebab akak tidak la koser nak nunggu kek situ..
Persoalannya?? Fakta ke auta??
Relevannya, anak-anak mungkin terabai sebab kerja yang hebat perlu pengorbanan masa dan tenaga yang banyak.
Realitinya, masa dan tenaga yang diluang bersama anak-anak, sekiranya tidak berkualiti, bagi akak, sama saja..ni la yang akak katakan kuantiti vs kualiti..
Kuantiti ✓ Kualiti X = 👎
Kuantiti X Kualiti ✓ = 👌
Kuantiti ✓ Kualiti ✓ = 👍
Ni sekadar pandangan akak..kalau setuju, alhamdulillah..kalau tak setuju, akak alu-alukan komen anda ye..adios 🙂
~ akak ~