Oct 4, 2018

Al-fatihah

Assalamualaikum / Selamat Sejahtera

Pagi ini, kita dikejutkan dengan berita yang menyedihkan..6 anggota bomba terkorban dalam operasi menyelamat..

اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَاجِعُوْن  اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan semoga roh-roh mereka  dicucuri rahmat. Dan semoga Allah permudahkan urusan mereka di sana.

آمــــــــين آمينَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

Al-fatihah...

~ akak ~

Oct 3, 2018

Bahagia Bukan Bidaan

Siapa layan drama ni??

Hakak, adik-adik hakak, mak hakak, nenek-nenek hakak semua layan..hahaha..nenek hakak suka part Adi Putra sebut 'anje'..hakak tak pasti sebab Adi cute or nenek hakak ada sentimental value (mana tau kan)..

Jangan lupa malam ni episod akhir..tidokan anak-anak awal ye..anak hakak yang baby selalunya tido selepas isyak..yang lain, pukul 930pm, hakak dah ajak masuk bilik..🙂

Sinopsis sikit ye :

Drama ni mengisahkan tentang Azlan (Zamarul Hisham) yang kaki perempuan, beristerikan Ain Farhana (Nora Danish). Azlan dah beberapa kali kantoi main cinta, dan dimaafkan, sampailah Azlan bercinta dengan pekerja kesayangan Hana, dan Hana tak boleh terima. Hana minta diceraikan.

Dalam kesedihan Hana, hadir pula Nik (Adi Putra). Nik lamar Hana. Hana terima untuk bertunang dahulu, dengan syarat takkan ada ijab kabul selagi tak ada cinta di hati Hana. Di saat hati Hana mula lembut, Hana dikejutkan dengan berita yang Nik sebenarnya sudah berkahwin. Hana kecewa. Hana bawa diri seketika.

Rupa-rupanya isteri Nik merupakan pesakit kanser dan dia mahukan Nik mencari pengganti dirinya. Tak lama selepas itu, isteri Nik pun meninggal dunia. Lalu Nik dan Hana pun dinikahkan.

Endingnya, sama-sama kita dok depan tv kul 10 malam ni ye. Tv3 hokay.

Maaf kalau sinopsis tak menarik, hakak bukan novelis..😝😝

~ hakak ~

Oct 1, 2018

Kedai Eco Rm 2

Siapa rasa kedai ni berhantu..bila tension @ bosan @ stress, masuk kedai ni boleh hilang semua tu..tapi bila nak keluar, stress balik..sebab duit melayang..haha..as for hakak and shuben, tak pernah la keluar dengan 2 barang ja..selalunya habis dalam rm50 ++..mana taknya, nampak comel ja masuk bakul, nampak ok ja, masuk bakul..guna ka tak, belakang kira..alasannya, 'ala rm2 ja pun, takkan nak berkira'..kan??

Yang paling hakak suka ialah wallpaper dengan bakul-bakul yang warna pastel tu..beli dulu, balik baru fikir nak letak kat mana, buat apa..macam wallpaper tu, hakak dah buat 2 projek..1st hakak balut almari baby yang dah buruk sebab sticker and contengan kakak-kakak dan abangnya..2nd, hakak balut peti ais mak hakak..not bad, hokey 

Kalau korang ada idea nak buat apa lagi, korang comment la ye..boleh hakak cuba..tq, korang 

~ hakak ~

Sep 30, 2018

Nama anak - JPN

Nama anak yang nak didaftarkan mestilah tak lebih 80aksara

Hakak antara netizen yang sokong sangat-sangat..bukannya tak da nama pendek dengan maksud yang bagus..yang nak letak panjang-panjang dah kenapa..bukannya panggil nama penuh pun..ye idok..

Pendapat hakak, banyak yang tak bagus dari yang bagus..antaranya, anak lambat nak tulis nama, orang dah jawab exam, dia dok terkial-kial tulis nama lagi..pastu, kalau nak isi borang yang memang dah sediakan kotak-kotak, bila tak cukup kotak kan leceh..ni untuk si anak tu sendiri la..

Untuk orang lain pulak, contohnya untuk guru..dalam purata 30 orang murid dalam kelas, kalau 15 orang nama panjang, tak ke ambil masa nak tulis..lagi satu kalau nama anak perempuan, jenuh la si wali dan suami masa akad nanti..kan kan..

Jadi untuk ibu ayah, fikir panjang ye sebelum nak daftar tu..atuk nenek pun, kena la tolak ansur juga..ada kes yang ibu ada nama pilihan, ayah pun ada juga, nenek pun nak juga nama pilihan dia..tu la yang jadi 3-4 patah perkataan tu..haha..

Apa-apa pun, bersederhanalah ye, korang..

Ikhlas,
~ hakak ~

Sep 29, 2018

We are expanding

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Introducing

New addition to my family

Muhammad Zawry
* Zawry = Intelligent
Number 4
Baby boy
Born in Hospital Dungun
16 June 2018 (2nd Syawal)
7.34pm
4.1kg

Alhamdulillah dah 3bulan ++

Semoga kamu jadi anak soleh, yang membahagiakan ibu ayah serta seluruh keluarga, yang sentiasa mendirikan solat tepat waktu, yang berbakti untuk agama, yang mampu melindungi keluargamu, yang bijak, yang berakhlak..ibu doakan, semoga yang terbaik, menjadi milik kamu, anakku..amin amin

~ hakak aka ibu4Z~

Sep 28, 2018

اَللّٰهُ أَكْبَر

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ 

" Jaga hubungan kamu dengan Allah, maka Allah akan jaga hubungan kamu dengan manusia "

Hakak suka sangat frasa ni..

~ hakak ~

First Step

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ 

Assalamualaikum / Salam sejahtera

Berkurun dah hakak tak buka blog ni..tetiba hari ni, teringat pulak..pastu terasa nak update..rasa nak share apa yang boleh di share..

Semoga hakak istiqamah..gambate !!!

~ hakak ~

 

My Chenta Hati

Daisypath Anniversary tickers

My Precious...

Daisypath Happy Birthday tickers
Copyright 2009 MyPalace. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan