May 25, 2010

Fake Bun



Today, I received an email from ada seorang kenalan ni….for me, it’s very interesting…so, trasa macam nak share plak kat dalam blog ni…sharing is caring la katakan…

Email ni berkenaan sanggul arab….sekarang ni memang dah jadi trend dah…siap ada yang fake lagi…

gambar ehsan pakcik gugel..

Dalam emel tu, dia ada cakap yang dia ni blaja di sekolah Arab and dia tau la sikit2 that when you wear tudung, you’re not supposed to show any indication that your hair is long by tying your hair really high or buat sanggul sehingga menyebabkan lelaki boleh notice the presence of your long hair. Maknanya ia dah melanggar matlamat memakai tudung.
Disebabkan dia curious nak tau hukum sanggul tinggi2 ni, dia pn google la…ni petikan quote yang dia jumpa…
1.Hadith Riwayat Ahmad, Jil. 2, Ms. 223
“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”
2.Hadith Riwayat Muslim. Sabda Rasulullah s.a.w.
“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”

Walaubagaimanapun, for me it’s nice to see women yang pakai tudung dengan sanggul tinggi2 ni….tapi bila dah baca pasal ni, tak nak la membazir duit untuk beli fake sanggul tu…papepun, tepuk dada, tanya iman….hhmmm…itu je la…renung-renungkanlah…bukan niat di hati ini nak bagi tazkirah or pape, sbb diri sendiri pun belum cukup betul lagi…tapi rasanya tak salah if nak share ilmu ni sama2 kan…

Tataa…titiiii…tutuuuu….

p/s : tak boleh nak tulis sumber ni dari mana, sebab biasa la kan selalunya emel2 camni mana ada source dari mana diorang amik…anymay, thanks la untuk yang meng’fwd emel ni kat aku…

May 19, 2010

Makanan Semasa Hamil

Wanita hamil perlu makan untuk dua orang. Is it true? No, it’s not…sebetulnya adalah sepanjang kehamilan, wanita tersebut perlu membekalan nutrisi yang baik untuk dua individu…lain kan ???...ini kerana, apa yang dimakan oleh si ibu itulah yang akan membekalkan nutrisi untuk si bayi…sekiranya si ibu mengalami kekurangan mana-mana vitamin, kemungkinan besar, bayinya turut mengalami kekurangan tersebut…

Banyak mana tenaga yang wanita hamil perlukan?? 

  • Wanita yang tidak hamil memerlukan lebih kurang 2100 kalori sehari
  • Wanita hamil pula memerlukan 2500 kalori sehari
  • Wanita yang menyusukan bayi memerlukan sekitar 300 kalori sehari
Apakah jenis makanan yang patutu dimakan oleh wanita hamil?

Jawapannya adalah diet yang seimbang seharusnya diperolehi dari semua kumpulan makanan. Wanita hamil perlu mengambil kesemuanya bagi membekalkan tenaga setiap hari. Berikut merupakan anggaran yang boleh digunakan :
  • Sekitar 10% daripada kalori perlu dating dari protein. Protein boleh didapati di dalam makanan seperti daging, ikan , telur atau produk tenusu.
  • Sekitar 35% come from fat. Which is mainly found di dalam mentega, minyak, marjerin, produk tenusu dan kacang.
  • Selebihnya, sekitar 55% perlu dating dari karbohidrat. Karbohidrat senang didapati di dalam roti, pasta, kentang, nasi, jagung serta produk bijirin.
Vitamin dan mineral yang penting sepanjang kehamilan

Folic acid

Sepanjang tiga bulan pertama kandungan, wanita hamil perlukan folic acid. Ia merupakan dari kumpulan Vitamin B atau lebih dikenali sebagai vitamin B9. Vitamin ini penting bagi membina system saraf bayi dan ianya juga boleh membantu mengurangkan risiko kecacatan bayi. Sumber semulajadi folic acid adalah seperti barli, buah-buahan, sayuran hijau, jus oren, kacang serta nasi. Folic acid ini juga dicadangkan untuk dimakan dua bulan sebelum rancangan untuk mendapatkan bayi.

Zat Besi

Semasa hamil, wanita memerlukan lebih zat besi daripada biasa untuk menghasilkan apa yang diperlukan oleh darah bagi membekalkan nutrisi yang cukup kepada plasenta. Sumber zat besi boleh didapati daripada sayuran hijau seperti broccoli dan bayam, strawberi dan wholemeal bread. Zat besi lebih mudah diserap oleh tubuh sekiranya diambil bersama dengan Vitamin C yang boleh didapati dari buah-buahan citrus atau jus. Perlu diingat, kopi dan teh boleh mengganggu proses penyerapan ini.

Zinc dan kalsium

Zink dan kalsium juga diperlukan untuk perkembangan janin.

May 13, 2010

Melahirkan Bayi Besar


Maksudnya?

Big babies atau bayi dalam kandungan besar atau nama glamornya macrosomic…seseorang bayi itu boleh dikira macrosomic sekiranya berat bayi tersebut mencapai sekurang-kurangnya 4000 gram atau 4500 gram…wah…hampir sepaket beras 5 kilo tu…

Faktornya?
  • Genetik ibu bapa…contohnya tinggi dan berat parents…
  • Jantina bayi…selalunya bayi lelaki lebih besar berbanding bayi perempuan…
  • Si ibu mengidap diabetes…
Akan tetapi, tanpa kehadiran factor-2 di atas ini pun, bayi macrosomic ini boleh terjadi…

Kesannya?

Selalunya doctor akan mencadangkan untuk melakukan proses induce bagi kes-2 seperti ini…akan tetapi pihak American College of Obstetricians and Gynecologists tidak menggalakkan induction kerana melalui kajian yg dibuat, kebanyakan ibu yang membuat induction ini akan berakhir dengan pembedahan…it’s all our choice…

Pengalaman ibu-2 yang melahirkan bayi macrosomic
  1. Megan Trinter
A mother of two from Chicago, Illinois offers a great example. "Neither time did my midwife suspect a large baby," says Trinter. "With my first, I never had an ultrasound and the weight was guessed to be (via palpation) to be about 7 pounds. I had a biophysical profile at 41 weeks and 5 days with my second, and he was estimated at 9 pounds -- more than a pound less than he was." Trinter's daughter was 9 pounds, 6 ounces, while her son was 10 pounds, 4 ounces She gave birth to both children at home without complication.
  1. Nancy Price – co-founder of PregnancyAndBaby.com
She also welcomed /four/ bigger-than-average babies -- none delivered by cesarean section. In fact, the biggest of the bunch (shown just after birth in the photo above right) was an 11-1/2 pounder who arrived so quickly, there was no time for medication at all! "When they first called out the weight from the other side of the room, I thought I'd misheard it, and asked my husband to come closer to me to tell me again”. The answer was the same: 11 pounds, 7-1/2 ounces. I was shocked... I expected a ten pound baby at the most. If it looks like your baby will be big, remember the only way to accurately tell a baby's size is to weigh him after he's born. Talk to your doctor or midwife about the potential benefits and risks of inducing, allowing labor to start naturally, and birthing a big baby. I tell everyone who asks how I did it the same thing. The answer is “Have faith in your body! It created this amazing little person already”. I think you need to give yourself every chance to finish the process as needed, and not according to a calendar."

So, all mothers-to-be yang expect akan dapat ‘big babies’ ni risau lagi tak? Or dah makin bersemangat lepas baca apa yang Nancy Price cakap…hehehe…Gud luck ya….

Sumber: Di Sini Ya !!

May 11, 2010

PREGNANCY - MYTH OR FACT?

Extracted from http://www.pitterpatter.com.my/article/index/15/17

You may have heard a lot of information regarding pregnancy which could either be a myth or fact. Below are a list of a few of those:

1. You could tell the gender of your baby the way you carry your belly or how fast the baby’s heartbeat is. If you carry the belly low it is a boy and high it is a girl. Baby girls’ heartbeat is faster than a baby boys’.
MYTH.
The way you carry your belly depends on your muscle tone, position of the baby and has got nothing to do with the baby’s gender. The baby’s heartbeats rate also does not tell the baby’s gender. If you are curious about the gender of your baby, ask your doctor to do a scan!

2. If you get more heartburn your baby will be born with a full head of hair.
MYTH.
Again there is no association between the baby’s hair and having heartburn.   

3. Having sex will hurt your baby.
MYTH.
Speak to your doctor about this. Unless you have any contraindication for having sex during pregnancy for example low lying placenta or preterm rupture of membrane it is perfectly safe for you and your partner to have sex. Don’t worry, your baby would not feel your partner’s penis during sex!
Please refer to our Article on Sex in Pregnancy

4. You need to get rid of your cat.
MYTH.
The problem with cats is the fear of toxoplasmosis infection which could be caught by handling cat litter as it could contain the toxoplasmosis parasites. So, it is alright for you to let the cat sit on your lap or stroke it, just make sure you ask others to take care of the cat’s litter for you. 

5. You should not take alcohol at all during pregnancy.
FACT.
Alcohol could cause problems to your baby when taken during pregnancy. There is no safe limit during pregnancy. Please refer to our Article on Alcohol in pregnancy.

6. You should not take panadol during pregnancy.
MYTH.
Pain and aches do occur during pregnancy. Panadol used within the allowed dosages is safe during pregnancy. Try to avoid aspirin unless prescribed specifically by your obstetrician for certain medical reason during pregnancy.

7.  Pregnancy could only occur if there is penetration or orgasm.
MYTH.
Even if you have dry sex i.e no penetration of the vagina but contact between the male and genital area occurs, pregnancy could occur. Even if the female has no sexual orgasm, she still could get pregnant. 


renung2kan, dan selamat beramail :)

May 9, 2010

Mengidam


pelik tak tetiba ada gambar ni....hehe...ni la ngidam namanya....ada yang panggil buah ni mangga epal...hubby cakap ni buah pelam sabut...aku plak gelarkan buah ni sebagai pelam telur...apa nama pn, asalkan buah yang sama kn...

lama dah teringin nak makan buah ni...kat kedai-2 mana la ada jual kan...nak dijadikan crita, time dalam jammed dari opis nak balik umah, tetiba ternampak kat tepi jalan, dalam kawasan umah orang...cakap ngan hubby n dengan rela hati, ari ni hubby pegi la mintak ngan tuan umah...

tuan umah tak da, yang ada kakak tuan umah, kitorang mintak nak beli, tapi dia tak nak...katanya, dia halalkan bagi pihak adik dia...thanks sesangat kat tuan umah yang tanam pokok ni & kat kakak tuan umah yang baik hati...for me, tak kisah harga, asalkan dapat makan...and dah selamat pun masuk dalam perut ni sebiji...ntah-2 baby dalam perut ni pun tengah rasa kot...hehe...

p/s 1 : thanks, hubby ~ sebab berusaha dapatkan buah ni...dah la terpaksa tebalkan muka g mintak, pastu berpeluh-peluh petik buah ni...sebab pokoknya sangat la tinggi...
p/s 2 : thanks untuk tuan umah and kakaknya...
p/s 3 : wahai baby, bila lahir nanti & dah pandai baca blog ibu ni, ingat jasa-2 mereka k...

sekian... :)

May 7, 2010

Spirulina + Madu = Spirumadu!!


SPIRUMADU adalah kombinasi Spirulina (Arthrospira platensis) dan Madu Lebah. Produk ini mengandungi Vitamin Semulajadi, Mineral dan Asi Amino yang tinggi.Berdasarkan satu kajian, Anti-oksidan dari beta karoten yang terdapat didalamnya bertindak menghalang atau mencegah tumor dan kanser. Ketinggian kadar klorofil serta khasiat Madu Lebah membuatkan produk ini amat berpotensi membina, membantu dan meningkatkan tahap kesihatan tubuh manusia.

*Antara khasiat SPIRULINA*

• Mengandungi mucopolisakarida yang membantu sistem penghadaman.
• Protein yang tinggi (60%-70% / 44-74 gms)
• Anti-oksidan dari beta karoten yang bertindak menghalang dan mencegah tumor dan kanser.
• Vitamin B-12, C, D, E dan Zat Besi yang amat diperlukan untuk menguatkan sistem imuniti.
• Membantu mengaktifkan hematopoesis bagi membina hormon erythropoetin – EPO dalam sel darah.
• Menurunkan kadar kolestrol, tryglyceride dan LDL bagi menghalang hipertensi.
• Klorofil yang kaya didalamnya, dapat menyingkirkan logam berat dalam buah pinggang, kesan dari pengambilan ubatan moden (Pharmaceutical Drugs).
• Fikosianin iaitu pigmen biru (hanya pada Spirulina) berfungsi membina imuniti tubuh.

*Antara Khasiat MADU LEBAH*

*Vitamin A*
• Berasal dari Karoten, berkhasiat untuk mata, sel-sel tubuh, selaput lendir, pertumbuhan kanak-kanak, tenaga fizikal, imuniti tubuh, kesihatan gigi dan lain-lain.
*Vitamin B*
• Berperanan mengatur metabolisme (metbo) badan yang sangat diperlukan bagi kehidupan dan kesihatan manusia. B5-untuk kesihatan otak (mental-ingatan).
*Vitamin C*
• Madu kaya dengan vitamin ini, ia melebihi daripada makanan-makanan lain. Ia berfungsi sebagai agen daya tahan tubuh, sistem saraf, epilepsy, penggerak metabolisme badan dan lain-lain.
*Vitamin D*
• Membantu tubuh menyerap kalsium dan fosforus dan memabfaatkan keduanya untuk tulang dan gigi. Kanak-kanak amat memerlukannya.
*Vitamin E*
• Ia mengaktifkan fungsi vitamin A, menguatkan struktur jantung, tumbesaran kanak-kanak, menyuburkan peranakan wanita, mengaktifkan daya seks lelaki dan wanita, menyihatkan kulit dan rambut dan awet muda.
*Vitamin K*
• Berfungsi melancarkan perjalanan darah (elakkan pembekuan), penyakit darah tinggi, migrain, kanser darah, mencegah batuk, bengkak-bengkak sendi dan aktif bergabung dengan enzim-enzim bagi menghasilkan tindakbalas (sistem pencernaan).

Nilai Perawatannya

• Ulser perut
• Gastrik
• Masalah hati
• Ekzema
• Buasir
• Athma
• Hipertensi
• Anemia (kurang darah)
• Sembelit
• Nafas dan badan berbau
• Gusi berdarah
• Jangkitan kuman
• Anti tumor dan kanser
• Penjana tenaga segera 
Produk ini boleh didapati di stokis HPA yang berdekatan dengan harga:*
*Semenajung Malaysia: RM 55*
*Sabah & Sarawak: RM 60 *
kalau nk murahh, boleh masuk jadi ahli..:p..standart la kan, produk MLM...

aku beli produk ni sebab mengikut nasihat mertua aku, ye la, kan sekarang ni selsema babi merata-rata, and kalau korang baca khasiat utama produk ni adalah untuk meningkatkan metabolisma badan, dan dengan izin Allah S.W.T, terhindar la penyakit2 tu..amin..

May 6, 2010

Nice Try !!!


gambar-2 ni 1st try dari Mr. Hubby menggunakan mode Pin Hole...actually banyak gambar lain lagi, but for me this is the best...i like !!!!

Pedih Ulu Hati Ketika Hamil

sakitnya dada semalam, tuhan ja yang tau...sampai tak tido semalaman menahan sakit...hubby pun terpaksa la join tak tido gak...susah nak explain camna rasanya sakit tu...rasa cam nak nangis, tapi macam tak cukup nafas...



so, pagi tadi, pegi klinik, doktor cakap bukan sakit dada...sakit tu orang sebut heart burn...lebih kurang pedih ulu ati...puncanya acid dalam badan...macam orang gastrik...baru la tau camna orang sakit gastrik...



Menurut Dr. Nor Ashikin, sehingga 75 peratus wanita hamil mengalami pedih ulu hati.

“Ia berlaku apabila kandungan dalam perut ditolak kembali ke esofagus (saluran makanan) menyebabkan ia dalam keadaan terapung (reflux), lalu mengganggu lapisan lembut dalam saluran tersebut,” jelasnya.

Bagi wanita hamil, peningkatan hormon kehamilan menyebabkan otot sfinkter esofagus bawah (LES) mengendur antara esofagus dan perut. Tekanan di dalam abdomen yang meningkat sejajar dengan perkembangan bayi menyebabkan kandungan perut mudah ditolak semula ke esofagus.

Mereka yang mengalami pedih ulu hati akan berasa pedih pada bahagian atas dada, perut tidak selesa, sukar menelan, kandungan makanan ditolak kembali, rasa pahit atau asid dalam mulut.

“Pedih ulu hati yang kronik boleh mengganggu tidur dan menjejaskan selera makan,” ujar Dr. Nor Ashikin.

Bagaimana merawat pedih ulu hati:

1. Antasid.

Ia bertindak meneutralkan asid perut, namun jika diambil dalam kuantiti berlebihan boleh menyebabkan sembelit (elakkan penyediaan yang mengandungi sodium atau aluminium). Rawatannya pantas tetapi dalam bentuk jangka pendek.

2. Penghalang H2, penyekat pam proton (pengurang asid)

Ia menyerap ke dalam saliran darah untuk mengurangkan penghasilan asid dalam perut. Tetapi kaedah ini tidak disyorkan ketika mengandung.

3. Alginates

Dihasilkan daripada rumpai laut coklat iaitu laminaria hyperborea. Ia tidak diserap dalam saluran darah dan disahkan secara klinikal memberi kelegaan untuk pedih ulu hati ketika mengandung. Contoh ubatan yang mengandungi alginates adalah Gaviscon.

Alginate menghasilkan satu penghalang kuat yang seakan terapung apabila ia bertemu asid perut. Kandungan apungan di bahagian atas menghalang asid daripada bertemu dengan esofagus.

Apa yang perlu dilakukan bagi mengelakkan pedih ulu hati?

1. Ambil hidangan dalam jumlah yang kecil tetapi kerap.

2. Kunyah dengan perlahan setiap kali makan. Jangan tergopoh-gapah.

3. Elakkan makanan mengandungi rempah, pedas, menggunakan banyak perasa, berlemak, coklat, alkohol, kafein dan berpudina.

4. Pakai pakaian yang longgar di sekitar perut.

5. Duduk dengan selesa. Jangan lakukan pergerakan seperti melipat badan yang menyebabkan bahagian perut diasak.

6. Jangan membongkok ketika mengambil barang.

7. Lakukan senaman ringan seperti berjalan kaki secara sederhana.

8. Elakkan berbaring atau tidur dalam masa dua jam selepas makan.

9. Jangan merokok.

10. Biarkan minuman panas sejuk sebentar sebelum diminum.

11. Tangani stres dengan tenang.

12. Cuba kawal pertambahan berat badan. Dapatkan berat badan seperti yang disyorkan.

Kasut Tumit Tinggi vs Wanita Hamil

Sandal baru gue....

hujung minggu lepas pegi jalan-2 kat Aeon Jusco Klang....nak tengok iron man 2 sampai ke klang tu....hehe....tapi takpe la...movie tu best...puas hati...

sementara nak tunggu wayang start, sempat la belek-2 sandal yang ada kat situ...ada offer...so, dah berkenan tu, amik ja la...memang dah dalam plan untuk beli pun....almaklumla pregnant women tak elok pakai kasut bertumit tinggi...ni some info untuk kita kongsi sama-2 ok....

Menurut Pakar Perbidanan dan Ginekologi, Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Kuala Lumpur, Dr. Asmah Yun Mat Sidek, wanita yang mengandung seharusnya mengelak daripada memakai kasut yang bertumit lebih daripada satu setengah inci (3.8 cm).Ini kerana, sewaktu mengandung pusat graviti mengalami peralihan manakala pelvis berubah bentuk dan menanggung bebanan berat yang bertambah di sebabkan oleh bayi yang dikandung. Ia akan mengubah cara wanita yang hamil berjalan. Malah kedudukan wanita yang hamil menjadi kurang stabil lebih-lebih lagi apabila memakai kasut bertumit tinggi. Wanita biasa yang tidak mengandung juga mudah mengalami sakit belakang jika memakai kasut tinggi lebih-lebih lagi yang bertumit halus. Begitupun, risiko kesakitan itu lebih tinggi pada wanita mengandung iaitu antara 70 peratus sehingga 80 peratus.

Pemakaian kasut tumit tinggi juga boleh menyebabkan perubahan pada postur tubuh, di mana pelvis akan terkehadapan dan terjadinya lengkungan pada bahagian belakang. Ini ditambah lagi dengan berat bayi yang dikandung menyebabkan badan terdorong ke hadapan dan memudahkan ibu-ibu hamil mengalami sakit belakang. Kesakitan juga akan dialami pada bahagian tulang pelvis, lutut, betis dan tumit. Selain itu, ligamen akan mudah terkoyak disebabkan oleh hormon-hormon estrogen, progestron dan relaxin yang banyak semasa mengandung yang berfungsi bagi membentuk sistem pemprosesan air susu.

so, bila dah tahu tu, takkan la still nak teruskan pakai kasut tumit tinggi lagi kan...buat la apa yang patut...apa yang dirasakan terbaik untuk diri sendiri... :)

Sumber : Di Sini
 

My Chenta Hati

Daisypath Anniversary tickers

My Precious...

Daisypath Happy Birthday tickers
Copyright 2009 MyPalace. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan