Oct 17, 2018

Makna Bacaan Duduk Antara Dua Sujud

Akak sharing, sebab akak caring πŸ˜‰πŸ˜‰

Sumber : PU Amin

Kuantiti vs Kualiti

Semalam akak buat lawatan (lawatan lah sangat) dekat kedai eco..misi mencari wallpaper sebenarnya..nak beli 1 ja, sebab tak cukup..sekali melayang rm30++ kat kaunter tu..

Nak dijadikan cerita, akak terdengar 2 orang perempuan tengah berbual..akak tak pasang telinga okay..kebetulan masa akak lalu tu, akak terdengar ayat dia macam ni..

"Orang kerja hebat-hebat ni, biasanya anak terabai"

Haa..tu dia !!!..jangan tanya apa yang seterusnya, sebab akak tidak la koser nak nunggu kek situ..

Persoalannya?? Fakta ke auta??

Relevannya, anak-anak mungkin terabai sebab kerja yang hebat perlu pengorbanan masa dan tenaga yang banyak.

Realitinya, masa dan tenaga yang diluang bersama anak-anak, sekiranya tidak berkualiti, bagi akak, sama saja..ni la yang akak katakan kuantiti vs kualiti..

Kuantiti ✓ Kualiti X = 👎
Kuantiti X Kualiti ✓ = 👌
Kuantiti ✓ Kualiti ✓ = 👍

Ni sekadar pandangan akak..kalau setuju, alhamdulillah..kalau tak setuju, akak alu-alukan komen anda ye..adios 🙂

~ akak ~

Oct 16, 2018

Amalan Sebelum Tidur

Rasulullah SAW berpesan kepada Siti Aisyah ra.

“ Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara iaitu :

1. Sebelum khatam al-Quran
2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat
3. Sebelum para muslimin meridhai engkau
4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah “

Bertanya siti Aisyah :
“Ya Rasulullah ! bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika? “

Rasul tersenyum dan bersabda :

1. “Jika engkau akan tidur , membacalah surat al –Ikhlas tiga kali. Seakan-akan engkau telah mengkhatamkan Al-Quran

2. “Membacalah shalawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku” maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat “

3. “Beristighfarlah” untuk para mukminin maka mereka akan meridhai engkau

4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir” maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah

( Tafsir Haqqi)

Sumber : peribadirasulullah
-------------------------------------------------------------------

Siapa yang memang buat amalan ni? Kalau dah buat, alhamdulillah..kalau belum, apa kata mulakan ini malam..pahala mudah, pahala free, takkan tak nak kot..renung-renungkan..πŸ˜‰πŸ˜‰

~ akak ~

Oct 15, 2018

Trend Papar Nama Anak di FB

Trend paparkan nama anak, tempat lahir, berat lahir di fb..siapa yang dah terje ak, cer angkat tangan..haha..akak hampir terjebak, tapi bila fikir balik, tak perlu kot..pastu tetiba terbaca sharing kat bawah..bagus sangat..korang baca erk 🙂

~ akak ~

Nampaknya di Facebook sedang menjadi trend memaparkan "Nama Anak-anak Saya" di mana ramai yang berkongsi senarai nama penuh anak beserta maklumat terperinci anak2, termasuk, umur, tarikh lahir, tempat lahir, dll. Di bawahnya pula ada tertera ayat "Make your own version of this list" yang mengajak/mengundang pembaca memuatnaik maklumat anak masing2 pula.

Ketahuilah, ini sebenarnya satu bentuk social engineering (iaitu satu ancaman siber) utk mendapatkan maklumat peribadi mangsa, iaitu pemilik akaun Facebook tersebut dan juga anak2nya.

Anda takkan terbayang bagaimana maklumat2 ini boleh digunakan oleh pihak yg tidak bertanggungjawab, dan boleh mendatangkan bahaya kepada anak dan juga keluarga anda.

Oleh itu, wahai ibu bapa, lindungilah data peribadi keluarga dan anak2. Jangan kita terlalu ghairah berkongsi dan terpedaya dengan mesej ajakan atau aplikasi yang cuba memanipulasi pengguna untuk mendapatkan maklumat peribadi.

Eloklah dipadam posting tersebut (walaupun memadam data di media sosial tidak akan menghapus data tersebut secara kekal, kerana ia masih ada di server). Sekurang-kurangnya ia tidak lagi boleh dilihat warga media sosial dan tersebar merata.

Do not overshare.
Lindungi data peribadi.
Lindungi keluarga kita dari penyangak siber.

#PencerdasanUmat
#BerilmuBerbakti

Pesanan ikhlas dari:
Prof. Madya Dr. Nur Izura Udzir
Pakar Keselamatan Maklumat UPM.
Naib Presiden, Wadah Pencerdasan Umat Malaysia
14/10/2018

Sumber : fb Higher Education Link Centre

Oct 14, 2018

Saleem Iklim

Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Saleem Iklim yang telah pun meninggal dunia pada 6.15 pagi tadi di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Malaysia telah kehilangan seorang bintang yang sangat besar bakatnya..lagunya, suaranya akan tetap segar di ingatan..

Oct 13, 2018

Octoberfest..Wajarkah?

"Ya Allah, lindungi kami dan keturunan kami, ya Allah.."

Akhir zaman, Islam makin tertindas..

"Bantulah kami, ya Allah.."

Sumber : Ustaz Hanafi

Oct 11, 2018

Alasan Ponteng Kerja

Malas nak pergi kerja...
Tapi tak pasti nak bagi alasan apa...
Nah, ada 100++ list alasan...
Awal tahun nanti, print sekeping...
Once dah guna, tick ye, tak pun highlight kan..takut terguna alasan yang sama 😉😉

~ akak ~

Sumber : Buzzkini

Perempuan vs Gemuk

G.E.M.U.K

Sensitif tau ayat tu..jangan sampai jadi macam pepatah melayu yang fofular tu..

Kerana pulut, santan binasa;
Kerana mulut, badan binasa.

~ akak ~

Oct 9, 2018

Papadom Bahaya ?

Restoran mamak + nasi kandar + papadom..sinonim sangat kan..akak penggemar nasi kandar, tapi papadom to so-so je la..kalau ada dalam pinggan, akak makan ja..tapi tak da la setiap kali makan nasi kandar, kena ada papadom sekali.

Haa, kenapa cakap pasal ni..sebab ada kajian mengatakan papadom ni bahaya..sebabnya papadom ni mengandungi jumlah garam yang tinggi..

Menurut Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang, terdapat 1000mg garam dalam 11 sampel papapom yang diuji..dari 11 sampel tu, ada 4 sampel yang mengandungi 2000mg garam..banyak kan??

Pengambilan yang berlebihan akan meningkatkan kandungan garam dalam badan yang mungkin boleh menyebabkan penyakit seperti tekanan darah tinggi, risiko serangan strok serta risiko serangan jantung..maka, beringatlah ye..jangan tiap-tiap hari bedal papadom..berpada-pada lah..

Kalau Muslim, Islam kan dah tekankan, bersederhanalah..in shaa Allah, semuanya ok..terima kasih kerana membaca..bye 😉😉

~ akak ~

Sumber : salaam.buzzkini.com

Anniversary Wish

Alhamdulillah

Today marks the 9th year of our wedding anniversary.

Ada suka, ada duka,
Ada tangis, ada tawa,
Ada murung, ada gembira,
Ada ceria, ada mencuka.

Macam-macam ada..Semoga semuanya tak mematahkan semangat kita untuk terus bersama..Semoga semuanya akan terus menguatkan rasa cinta antara kita..Ditambah pula dengan kehadiran 4  mata, semoga rasa tanggungjawab ini kekal di jiwa, dalam memastikan keluarga kecil kita kukuh demi mereka.

Amin amin..

Buat suami, happy anniversary..happy happy happy 😍😍

~ akak ~

Oct 8, 2018

Abpbh 31 (2018)

Tahniah kepada Wany Hasrita kerana telah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31, malam tadi.

Tahniah juga buat semua pemenang yang lain.

~ akak ~

Oct 7, 2018

Bersyukurlah

Syukur

Ada duit, syukur
Tiada duit, syukur

Ada anak, syukur
Tiada anak, syukur

Ada kereta, syukur
Tiada kereta, syukur

Ada masa, syukur
Tiada masa, syukur

Sihat, syukur
Sakit, syukur

Kenapa?
Sebab semuanya ujian
Kenapa diuji?
Sebab Allah sayang
Allah nak bagi pahala
Allah nak hapuskan dosa

Ingat ye
Ingatan untuk akak juga ni

~ akak ~

Oct 6, 2018

Ayah, Cinta Pertama Anak Perempuan

Ayah, cinta pertama bagi anak perempuannya

Iye ke idokk?

Bagi akak 100% betul

Susah sebenarnya nak describe kasih sayang ayah tu macam mana..sebab..

Sayang ayah, bukan selalu di sebut-sebut..
Sayang ayah, bukan selalu dipeluk-peluk..
Sayang ayah, bukan selalu ditunjuk..
Sayang ayah, hanya dapat dirasa dalam hati tanpa perlu dizahirkan..
Sayang ayah, tak nampak, tapi kita tahu ia ada..

Alhamdulillah, akak masih punya ayah, masih sihat, masih boleh memeluk dan dipeluk ayah, masih punya doa seorang ayah..syukur..

Tengok la ayah akak..handsome lagi kan..sambil tengok tu, doakan la sekali semoga Allah panjangkan usia dan sihatkan ayah akak selalu ye..tq

~ akak ~

p/s : tak nak dah la bahasa diri hakak, sebut banyak kali, dah jadi macam kahak pulak πŸ˜„




Oct 5, 2018

Suami


Akak rasa, lelaki ni, dia filter dulu kot..mana yang dia rasa penting, dia akan simpan dalam memory..mana yang tak berapa penting, dia terus delete..supaya tak sarat kepala dia..betul ke betul?? 

~ akak ~

Oct 4, 2018

Al-fatihah

Assalamualaikum / Selamat Sejahtera

Pagi ini, kita dikejutkan dengan berita yang menyedihkan..6 anggota bomba terkorban dalam operasi menyelamat..

اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَاجِعُوْن  اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan semoga roh-roh mereka  dicucuri rahmat. Dan semoga Allah permudahkan urusan mereka di sana.

آمــــــــين آمينَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

Al-fatihah...

~ akak ~

Oct 3, 2018

Bahagia Bukan Bidaan

Siapa layan drama ni??

Hakak, adik-adik hakak, mak hakak, nenek-nenek hakak semua layan..hahaha..nenek hakak suka part Adi Putra sebut 'anje'..hakak tak pasti sebab Adi cute or nenek hakak ada sentimental value (mana tau kan)..

Jangan lupa malam ni episod akhir..tidokan anak-anak awal ye..anak hakak yang baby selalunya tido selepas isyak..yang lain, pukul 930pm, hakak dah ajak masuk bilik..🙂

Sinopsis sikit ye :

Drama ni mengisahkan tentang Azlan (Zamarul Hisham) yang kaki perempuan, beristerikan Ain Farhana (Nora Danish). Azlan dah beberapa kali kantoi main cinta, dan dimaafkan, sampailah Azlan bercinta dengan pekerja kesayangan Hana, dan Hana tak boleh terima. Hana minta diceraikan.

Dalam kesedihan Hana, hadir pula Nik (Adi Putra). Nik lamar Hana. Hana terima untuk bertunang dahulu, dengan syarat takkan ada ijab kabul selagi tak ada cinta di hati Hana. Di saat hati Hana mula lembut, Hana dikejutkan dengan berita yang Nik sebenarnya sudah berkahwin. Hana kecewa. Hana bawa diri seketika.

Rupa-rupanya isteri Nik merupakan pesakit kanser dan dia mahukan Nik mencari pengganti dirinya. Tak lama selepas itu, isteri Nik pun meninggal dunia. Lalu Nik dan Hana pun dinikahkan.

Endingnya, sama-sama kita dok depan tv kul 10 malam ni ye. Tv3 hokay.

Maaf kalau sinopsis tak menarik, hakak bukan novelis..😝😝

~ hakak ~

Oct 1, 2018

Kedai Eco Rm 2

Siapa rasa kedai ni berhantu..bila tension @ bosan @ stress, masuk kedai ni boleh hilang semua tu..tapi bila nak keluar, stress balik..sebab duit melayang..haha..as for hakak and shuben, tak pernah la keluar dengan 2 barang ja..selalunya habis dalam rm50 ++..mana taknya, nampak comel ja masuk bakul, nampak ok ja, masuk bakul..guna ka tak, belakang kira..alasannya, 'ala rm2 ja pun, takkan nak berkira'..kan??

Yang paling hakak suka ialah wallpaper dengan bakul-bakul yang warna pastel tu..beli dulu, balik baru fikir nak letak kat mana, buat apa..macam wallpaper tu, hakak dah buat 2 projek..1st hakak balut almari baby yang dah buruk sebab sticker and contengan kakak-kakak dan abangnya..2nd, hakak balut peti ais mak hakak..not bad, hokey 

Kalau korang ada idea nak buat apa lagi, korang comment la ye..boleh hakak cuba..tq, korang 

~ hakak ~

 

My Chenta Hati

Daisypath Anniversary tickers

My Precious...

Daisypath Happy Birthday tickers
Copyright 2009 MyPalace. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan