Showing posts with label Novel. Show all posts
Showing posts with label Novel. Show all posts

Nov 21, 2013

Miss XL

Novel ni berkisah tentang seorang perempuan yang berbadan besar bernama Aime. Aime merupakan seorang pekerja di bahagian akaun tetapi tiba-tiba ditukarkan menjadi setiausaha kepada seorang pengurus pemasaran yang pelik tetapi macho bernama Azki. Azki sangat berang bila dapat tahu yang ibunya yang merancang supaya Aime menjadi setiausahanya sedangkan baginya dia boleh bekerja sendiri tanpa bantuan sesiapa.

Aime pula nekad untuk bertahan dengan jawatan barunya walaupun Azki sering memarahinya tanpa sebab dan langsung tidak memberikan tugasan kepadanya. Azki pula sangat malu kerana mempunyai setiausaha bersaiz XL sedangkan setiausaha orang lain semuanya bersaiz M atau L.

Suatu hari, bahagian pemasaran menerima seorang lagi pengurus baru bernama Nazwan. Nazwan berusaha memikat hati Aime dan berjaya. Aime teruja. Azki pula mula berasa cemburu tapi dinafikan perasaan itu. Rupa-rupanya Nazwan cuma menggunakan Aime untuk menjatuhkan Azki. Azki simpati pada Aime.

Azki dan Aime sedar yang mereka telah jatuh cinta tetapi dihalang pula oleh ibu Azki. Ibu Azki bercadang untuk menjodohkan Azki dengan adik tiri Azki. Aime mengundurkan diri untuk memberi laluan kepada adik tiri Azki yang merupakan kawan baiknya. Sedangkan diri Aime merana.

Akhirnya setelah berbagai rintangan dihadapi, mereka bersama juga. Kalau dah jodoh tak ke mana. Manusia hanya merancang, Tuhan jua la yang menentukan.

Sekian.

*** bagi saya novel ni sangat menghiburkan..overall saya bagi 4/5 bintang..
*** sila pegi beli yer kawan-kawan..

Oct 18, 2010

Kaki Novel

 Just nak share dengan kaki-2 novel sekalian...ari tu, time boring-2, search la kat internet...konon-2 nak cari novel online...save budget la katakan...hehe....pastu terjumpa blog ni :-


den pun layan la...dlm blog ni ada novel, cerpen and macam-2 lagi la...try la g tengok....

pastu dalam blog ni gak ada disertakan some chapter of some novel....ada yang samapi chapter 20...ada yang sampai 15 je...mula-2 ingatkan diorang bagi full novel tu, tapi kiciwa daa....kalau pikir-2 balik, kalau diorang bagi full story, siapa plak yang nak beli novel tu kan...hehe...

setakat ni, saya dah baca chapter terawal untuk 2 novel...dua-2 best...macam kena beli sebab nak tau endingnya...hehehe...ni link untuk 2 novel tuh....try ar baca kalau berminat...


Ok la...nak tido dah...gud nitee.... =)

Jun 7, 2010

Novel Setulus Janji




Tajuk Novel : Setulus Janji
Penulis : Aina Emir

Insyirah (Syira) – Anak angkat kepada sebuah keluarga yang mempunyai ramai adik beradik. Seorang pelajar yang masih menuntut di tahun akhir di sebuah university di Manchester.

Ilham - Merupakan salah seorang abang angkat kepada Insyirah. Ilham adalah abg sulung dalam keluarga dan berperangai agak serius. Ilham bekerja sebagai seorang pakar perubatan di sebuah hospital di ibu kota.

Aiman – Abang angkat kedua Insyirah. Aiman merupakan seorang yang sangat berbeza sifatnya dengan Ilham. Aiman bijak berkata-kata, sangat mesra, pandai mengambil hati dan merupakan seorang romeo.
   
    Semenjak Syira di Manchester lagi, Syira dan Aiman merupakan sepasang kekasih. Agak pelik bila bercinta dengan abang sendiri, tetapi hubungan itu bukan sesuatu yang salah kerana mereka hanyalah adik beradik angkat dan hubungan itu juga diketahui oleh seluruh ahli keluarga angkat mereka.
   
    Setelah bertahun di perantauan, akhirnya Syira menamatkan pengajiannya dan pulang ke tanahair. Hasrat hati untuk bertemu kekasih yang sekian lama hanya emel menjadi alat perhubungan terbantut apabila Aiman tidak muncul di KLIA seperti yang dijanjikan. Malah ditelefon juga tidak berjawab. Terpaksalah Syira menaiki pesawat bersendirian untuk pulang ke kampung halaman keluarga angkatnya di Sungai Dua, Pulau Pinang. Kecewanya hati bukan kepalang.

    Alangkah berdebarnya hati Syira bila pertama kali melihat Ilham yang telah lama tidak dijumpainya. Penampilan Ilham begitu menggetar jiwa seorang Syira. Malah Ilham semakin ramah dan sudah pandai bergurau. Gembiranya Syira dengan perubahan Ilham kerana dalam diam sejak berumur 12tahun lagi Syira menaruh hati kepada Ilham. Tanpa diketahui, Syira tidak bertepuk sebelah tangan.

    Ilham sukakan Syira sejak pertama kali Syira dibawa ke rumahnya. Ketika itu, Syira masih bayi, Ilham yang selalu menjaga Syira. Disebabkan perbezaan umur yang ketara, Ilham tidak berani untuk menyatakan rasa cintanya kerana ditakuti Syira belum bersedia untuk bercinta. Akan tetapi, kelewatannya mengundang duka kerana Aiman telah mendahuluinya. Terpaksalah Ilham memendam perasaan.

    Oleh kerana sifat romeo sejati yang ada pada Aiman, ibu bapanya yang juga ibu bapa angkat Insyirah mencadangkan supaya Ilham memikat Syira. Tujuannya, mereka takut sekiranya Aiman mempermainkan perasaan Syira. Ilham pula ibarat orang mengantuk disorongkan bantal. Tanpa memikirkan apa-apa, Ilham terus bersetuju. Hasilnya, Ilham berjaya menambat hati Syira. Lalu mereka pun berkahwin.

    Pada awalnya, kehidupan rumahtangga mereka sangat bahagia. Akan tetapi, tanpa mereka sedar, ada insan yang cemburu melihat kebahagiaan mereka. Aiman tidak dapat menerima bahawa kekasih hati telah pun menjadi milik abangnya sendiri. Manakala bekas tunangan Ilham pula muncul dengan niat untuk mendapatkan Ilham kembali. Mampukah mereka melawan badai demi badai yang datang melanda di kala usia perkahwinan yang masih terlalu mentah? Mampukah Syira yang masih muda bertahan dengan kerenah bekas tunangan kekasihnya? Mampukah Ilham yakin yang cinta Syira adalah untuknya? Apakah yang akan terjadi kepada Aiman?


**** Kalau nak tahu onar yang berlaku dalam rumahtangga mereka dan apakah kesudahan kisah ni, cari la novel ni…takkan la nak crita sampai abis kan, nanti orang lain nak baca novel ni dah tak best dah…tak da feel la katakana….actually ni novel lama, tapi den baru baca…den pinjam dari kakak ipar den…biasa la dalam menunggu kelahiran baby sulung den ni, haruslah den berjimat…so, tak boleh la nak beli novel baru…tapi disebabkan keinginan nak baca novel gak, den buat la pertukaran novel-2 lama den ngan kakak ipar den….

**** Thanks to kakak ipar den…

**** Tataaa….

Jan 30, 2010

Novel Kau Laksana Bulan

Permulaan cita ni agak membosankan aku…tp dgn kesabaran yg tinggi, aku berjaya gak habiskan cita ni…ending cita ni sgt best bg aku…smpikn aku leh ngs teresak2 tau…actually, ssh sket ni review psl cita ni…aku pn xtau knp jd cm ni…aku igt cita tu…aku leh hayati watak tu…tp bila nk review cm blur2 sket…ayat2 xnk kuar…ok2…xpa…aku cuba…tarik nafas dlm2 2-3 x….n try lapangkn fikiran…(hubby yg ajar bt cmni…)...okeh…let’s start…

Adrianna, seorang pelajar kursus sarjana dan merupakan seorang penulis novel seram romantic…selalu berulang alik dari rumah ke KL menaiki tren…cinta pertamanya adalah Syafik…jejaka idaman ramai sewaktu persekolahannya….Adrianna bertuah kerana dia yg jd pilihan Syafik…percintaan mereka berlanjutan sehingga ke university…sejak Syafik ke university, hubungan mereka kian lama kian renggang…akhirnya diam begitu shj…

Razif pula cinta kedua Adrianna…kali ini, Adrianna bertambah kecewa apabila Razif tetiba berdiam diri…tanpa Adrianna sedar, rupa2nya Razif tlh meninggal dunia…itupn hanya diketahui apabila seorg rakan arwah Razif dtg bertemunya…Dlm kekecewaan yg xterhingga, pintu hati Adrianna seakan-akn tertutup utk cinta…

Sehingga la pd suatu hari, semasa di dlm tren, satu kejadian yg xterduga berlaku dan telah menemukan dia dgn seorg lelaki…lama kelamaan mereka bertambah rapat sehingga timbul rasa rindu pabila tidak bertemu…pd suatu hari, Adrianna mendapat idea utk menjadikan lelaki itu (Firas Ali) sbg hero utk novel yg masih dlm pembikinan…Firas dijadikan bhn utk novel terbarunya…

Sehingga novelnya dilancarkan, Firas masih tidak mengetahui yg Adrianna merupakan seorg novelis…apabila ditakdirkan suatu hari Firas mengetahui perkara tersebut, Firas kaget lantas membawa diri kerana menyangkakan yg Adrianna hanya menggunakan dirinya sbg bhn utk novelnya…sedangkan Adrianna telah mula menyayangi Firas…Firas merajuk, Syafik pula mula memburunya…menagih kasih lama…Eizlan pula tiba2 muncul menjadi peneman di kala duka…Razif juga menjelma kembali…bukankah Razif telah lama meninggal dunia...

Setelah berbagai2 ujian dan rintangan yg mereka hadapi, mereka akhirnya berkahwin….di awal perkahwinan mereka teramat bahagia…sehinggala badai melanda rumahtangga yg belum pn setahun usianya…apakah mereka mampu menghadapi badai yg dahsyat itu…???...apakah Firas sanggup menghadapi kebenaran tentang isteri yg amat dicintainya...???...apakah Adrianna redha dgn segala perlakuan Firas ke atasnya…???...sumanya akn terjawab klau anda baca novel ni…

p/s : ada yg aku pelajari dari novel ni tentang alam rumah tangga dan aku rasa ianya amat penting…iaitu, jgn rahsiakan apa2 pn dari pasangan kita…buruk padahnya bila pasangan dapat tahu dgn sndiri or dari mulut org lain…belajar la terima pasangan seadanya…cintai lah pasangan seikhlas mungkin….sayangi lah rumahtangga yg dibina…

Jan 25, 2010

Novel Tarikh Luput Cinta - Lynn Dayana

Novel pertama yg aku baca sampai habis and novel pertama yg aku buat review, and jugak, novel pertama yg aku abiskan dlm ms 2hari :p...Aku sndri pon cm xleh nk paham lg nape aku boley terpikat ngan novel tu...Lepas bc sinopsis nevel tu, terus aku bg kat wife pastu aku ckp, "kene beli novel neh"..wife aku pon muke blur2 jeh..ye ar, aku bukan la pembace novel..hahaha...

Cerita yang ditulis oleh Lynn Dayana ni mengisahkan percintaan tanpa sedar 2 insan atas hasil dendam orang lain. 3 watak utama yang( kire hero ar) Irmanina, Airel, dan Rezzal diberi peluang untuk mewarisi kekayaan seorang ahli perniagaan yang kaya sebanyak Rm22.5juta..Ahli perniagaan itu terpaksa untuk pencari waris hartanya memandangkan dia tidak mempunyai waris dari darah dagingya sendiri.

Cerita bermula apabila ketiga-tiga watak utama tersebut menghadapi pelbagai rintangan dan dugaan dalam kerjaya bereka walaupon pada asalnya, mereka bertiga ini sangat berdedikasi dan cemerlang..Mereka bertiga tidak percaya dengan tawaran yang diberikan Haji Kamaruk(Hartawan yang xde waris tuh ) namun akur dengan desakan yang diberikan..

Mereka bertiga dibawa ke langkawi dan berkenalan sesama mereka dan mereka juga berjanji untuk bertanding secara adil.

Permulaan mereka baik, dan segalanya begitu indah sehinggalah muncul pesaing ke-4 yang ingin mewarisi harta tersebut dengan jalan yang kotor. Pelbagai taktik digunakan untuk mendapatkan harta tersebut tanpa mengira berapa jumlah nyawa yang perlu dikorbankan..

Konflik semakin meruncing apabila didedahkan segala yang berlaku itu adalah disebabkan dendam..siapa? korg bc la sendri..hehe


Ulasan aku utk novel ni - best walaupon terdapat blur-area-some story aku xbape paham..tp jalan cerita dan pengolahan yang sangat menarik..watak ditonjolkan secara detail..walaopon aku just bc, tp aku dapat rasa karektor dan jalan cerita mcm aku tgk movie jek..and yg plg best,karektor hero n heroin mcm cite korea jek..xcaye? cube bace pastu tgk cite korea mcm cite boys over flower..hehe

Jan 23, 2010

Kau Laksana Bulan - 1st Review

msk hari ni, aku rs dh 3 ari kot aku bc cita ni....permulaan yg agak slow bg aku....tp ada part2 di awal cita yg best n menarik....tp tetiba cm down blk...cm stabil...kejap best, kejap besa2 ja....aku hrp ending cita ni akn jd menarik...semenarik kulitnya...kulit novel ni very nice...kt entri bwh2 ni, korg leh tenok ar...hehe...nnt bla aku dh abih bc cita ni, aku review lg skali na...

p/s : ari ni just leh bt post yg pendek ja...byk keja sket....pastu jap g nk g tgk Adnan Sempit....tggu la kemunculan review Adnan Sempit lak k....klau sempat, mlm ni aku review trus...klau x, esk2 ja k....chow chin chow... :)

Jan 21, 2010

Novel Street Vendetta - Mazni Aznita

Tajuk Novel : Street Vendetta
Penulis : Mazni Aznita

Anabella - sorg anak petani dari kmpg, dtg ke KL mencari rezki dan dgn harapan dpt bertemu dgn sesorg yg bleh merubah hidupnya menjadi kaya raya (besar cita-cita dia ni ooiii...)...di KL, Bella tggl bersama seorg rakan yg juga seorg pramugari yg mmg anak org berada...dgn bangganya si Bella ni pn mengaku yg dia merupakan seorg anak empunya sebuah empayar perkapalan....demi utk tidak memecahkan rahsia ttg siapa dirinya yg sebenar, Bella sggp berhabis wang utk membeli brg2 berjenama...disebabkn itu, si bella ni byk hutang....

Kojie - seorg yg selekeh, bekerja dgn sebuah bank utk tarik kereta sesapa yg xbyr ansuran bulanan....Kojie tggl bersama bekas pembantu arwah ibunya yg dipanggil Mak Wan kerana Kojie tidak betah tggl bersama dgn ayahnya setelah ayahnya berkahwin lain....

Kisah ni bermula apabila Kojie terpaksa menarik kereta Waja kesayangan Bella gara2 Bella tidak dpt melangsaikan hutang pinjaman keretanya yg tertunggak selama beberapa bulan....byk percubaan Kojie utk menarik kereta si Bella ni menemui kegagalan disebabkn kepintaran Bella melarikan keretanya...(cm org gila aku baca part ni....kejap2 gelak....hubby pn pening tgk aku....hehehe...)...

sampai la satu hari tu, si Bella nekad utk bertolak ke Cherating demi utk merebut cinta seorg lelaki yg didambakan sejak alam persekolahan lg....Bella xdpt bertangguh lg apabila mendapat tahu yg cinta hatinya itu bkl bertunang dgn rkn sekolahnya yg mmg dia xsuka iaitu Mira (nk tau nm sebenar si Mira ni...kena baca novel ni sndr....1st time aku tau nm sbnr si Mira ni, mengekek aku gelak....hihihi...)....tanpa Bella sedar rupa-rupanya si kojie ni ada dlm keta dia yg dh otw ke Cherating tu....Kojie nk bw keta Bella blk KL tp xsmpi hati bila Bella merayu n cm nk nangis....aku amik blk ayat dlm cita ni, si Kojie ni akn jd cacat klau tgk pmpuan nangis...hatinya cepat lembut...

setelah mcm2 yg diorg harungi, si Bella cm dh tersuka kt Kojie n Kojie pn cm dh suka kt Bella....setelah masing2 blk ke KL, diorg ni terpisah....msg2 xda no contact msg2....smpi la tetiba Bella terserempak ngn sorg lelaki yg handsome n smart gla tp mukanya saling xtumpah mcm Kojie....rupa2-nya, org tu merupakan anak kepada bos besar di syarikat induknya yg merupakan ofis baru utknya...Fakhruzi, nm laki tu....Bella slalu igt yg Kojie nk main2-kn dia....sdgkn Fakhruzi benar2 xkenal siapa Bella....

start dari sini la, konflik sebenar bermula....Bella dpt tau yg Kojie ada saudara kembar....Kojie tlh meninggal dlm satu kemalangan dan Fakhruzi merupakan saudara kembar kepada Kojie....tp Bella hairan knp xda skit pn perbezaan antara Fakhruzi dan Kojie....Bella cintakan Kojie, tp bayangan Fakhruzi sering mengganggu hari2-nya....then, mula kt sini la, cita ni mkn berat....mkn best....

kesudahannya, korg kn baca sndr...xsurprise kalau aku cita smpi abis...xlaku plak novel ni nnt....

p/s 1 : ni 1st time aku baca novel dr penulis ni....aku suka cara dia tulis...bhs2 yg dia gn pn mudah aku nk phm...xbelit2 sgt....xromantika sgt....lbh kurang bhs yg slalu kita gn dlm kehidupan seharian kita...patut ar aku tgk review2 kt forum, ramai yg ska novel ni....mmg worth it ar bli novel ni...

p/s 2 : sbnrnya hubby dh xbg review smpi ending novel2 yg aku bc...xbest katanya nk baca klau dh tau ending dia cmna...walhal, hubby sndr yg xnk tau ending cita2 ni suma sbb dia blm baca lg....sorry B, sbb dh bocor rahsia...hahaha... :)

Jan 4, 2010

Adam & Hawa

Tajuk Novel : Adam & Hawa
Penulis : Aisya Sofea

Am (Adam Mukhriz), seorang pilot yg tampan, punya aura yg tersendiri, mewah, bergaya dan sgt dedicated dgn kerjanya. Am sgt digilai oleh ramai wanita dan melayan kebanyakan wanita yg mahu mendampinginya. Ain (Ain Hawani) pula seorg gadis kampung yg sdg menunggu tawaran utk melanjutkan pelajarannya dan bekerja sbg pembantu di sebuah tadika bg mengisi ms terluang. Kebetulan, tadika itu kepunyaan kakak kandung Am. Suatu hari, mereka ditakdirkan terserempak. Ada debaran di hati masing-masing.

Sebelum Am ‘terbang’ lg, Am ada menghadiahkan Ain bunga. Yg peliknya, terdapat satu bunga plastik di antara bunga2 segar yg lain. Ain membaca kad yg ada di celah2 bunga tersebut. Taraaa !!! My love for you dies when last petal falls. Maksud yg sgt mendalam, right ??? Am byk memberi petunjuk bahawa, dia sukakan Ain, tetapi Ain tidak mahu terlalu ikutkan perasaannya kerana telah sedia maklum dgn tabiat Am yg terlalu kebaratan dan mempunyai ramai teman wanita.

Sehinggalah ditakdirkan pd satu hari, mereka ditangkap khalwat disebabkan perangkap yg dibuat oleh salah seorang wanita yg kecewa hatinya kerana Am memutuskan hubungan mereka. Ain membantah cadangan utk mereka dinikahkan, Am senyap tanpa bicara walau sepatah pn. Diam Am seolah2 mengiyakan dakwaan bahawa mereka berkhalwat. Akhirnya, mereka dinikahkan. Dan Ain melarikan diri dr suami yg dinikahi atas paksaan dan sgt dibencinya.

Selama bertahun-tahun Ain ke luar negara, menyambung pelajarannya, Ain sentiasa membajai hatinya dgn rs benci yg menggunung utk Am. Dan Ain menyangka bahawa pernikahannya telah terbatal dgn andaian bahawa pernikahan akn terbatal dgn sendirinya apabila si suami tidak memberi nafkah kpd si isteri dlm ms 3 bln berturut-turut. Akan tetapi, Ain pelik, ibunya selalu mengingatkan yg dia masih isteri Am. Setiap kali ditanya knp ibunya berkata demikian, setiap kali itulah Ain tidak mendapat jawapan. Ain buntu.

Sekembalinya Ain dr luar negara, pintu hatinya telah terbuka utk menunaikan umrah memandangkan duit simpanannya msh byk. Di sana, Ain dipertemukan dgn suami dan ibu mertuanya. Ada rasa lain yg terbit di hatinya sejak pertemuan demi pertemuan yg berlangsung dgn tidak sengaja di tempat yg sgt suci bg umat Islam itu. Adakah ini petunjuk utk satu perubahan yg bkl berlaku dlm hidup mereka sbg suami istri. Hanya Tuhan yg Maha Mengetahui.

Semasa perjumpaan dgn ibu mertuanya, dia juga disajikan dgn ayat yg sama iaitu dia msh isteri Am. Sehinggalah pd suatu hari, ibunya telah membuka rahsia bahawa selama ini, duit yg dikirimkan utknya setiap sepanjang pengajiannya di luar negara, merupakan duit nafkah dari Am. Am tidak pernah lupa pada tanggungjawabnya. Am juga xlupa pd tanggungjawabnya sebagai hamba Allah, Am telah berubah menjadi seorg muslim yg lebih baik.

Ain terharu dgn perubahan yg berlaku dlm diri Am walau pada mulanya dia tidak percaya. Akan tetapi, bila dia mengalaminya sendiri, Ain percaya suaminya itu benar2 telah berubah. Bermula detik itu, rs benci yg telah berakar umbi di dlm hatinya sejak sekian lama, hilang entah ke mana. Yg ada hanya perasaan kasih dan hormat seorg isteri kpd suaminya. Bahagia, itulah yg mereka sama-sama rs. Dan bahagia mereka kian bertambah sempurna tatkala Ain disahkan mengandung.

Hidup mereka kini lengkap dgn permata hati yg diberi nama Arissa Nurasyiqin. Tiada apa yg kurang bg Ain dan dia teramat bersyukur kerana telah dikurniakan suami yg penuh dgn kasih sayang dan romantis juga permata hati yg sihat dan comel.

Adam & Hawa kini bersatu dlm selautan kasih yg tidak bertepi…….


p/s 1 : hehehe….baru kali ni aku leh review psl cita ni…. walaupun novel ni dh lama…. tp xpa la kn….utk sapa2 yg xbaca lg cita ni, baca tau…aku dh bc cita ni 2 kali dh…

p/s 2 : org len ada azam, aku pn nk gak la….hihihi….sempena tahun baru ni, aku berazam utk baca blk novel2 lama aku n bt review kt sni….sesiapa yg ikut blog ni, sabaq naa….n insyaAllah, aku akan tambahkn koleksi novel aku n update gak kt sni ye…tunggu tau….. !!!!!

p/s 3 : thanks to my hubby sbb dia la yg bg cadangan n sokongan utk aku teruskan blog aku nih….luv him soooo much…. 

Dec 22, 2009

Aku Cinta Dia

Tajuk Novel : Aku Cinta Dia
Penulis : Sharifah Abu Salem

Wadi Safiyyah – pusat perlindungan bg gadis2 yg bermasalah.
Dania – gadis kota yg ternoda atas kemahuan sndiri dgn kekasih hati yg baru dikenali.
Iqbal – salah seorg tenaga pengajar di Wadi Safiyyah dan merupakan anak tuan empunya Wadi Safiyyah.
Ummi dan Walid – tuan empunya Wadi Safiyyah

Dania merupakan gadis kota yg terlalu diberi kebebasan oleh bapanya walaupn acap kali ditegur oleh si ibu. Suatu hari, kebebasan yg diberi kepada si gadis, telah merubah kehidupan mereka sekeluarga. Dania telah disahkan mengandung. Si bapa mahu kandungan itu digugurkan demi menjaga martabatnya sebagai Datuk di kalangan ahli2 perniagaannya yg lain. Si ibu nekad utk tidak mahu menambah lg dosa si anak dgn menjadi pembunuh.

Dgn bantuan si pembantu rumah, si ibu telah berjaya melarikan Dania ke pusat perlindungan Wadi Safiyyah dgn harapan si bapa tidak dpt berjumpa dgn anaknya dan seterusnya melaksanakan niatnya utk menggugurkan kandungan Dania. Dania redha seandainya itu yg dirasakan yg terbaik bg dirinya.

Agak sukar utk Dania menyesuaikn diri dgn Wadi Safiyyah kerana kehidupannya di kota sgt berbeza dgn kehidupan di Wadi Safiyyah. Akan tetapi Dania berjanji dgn dirinya bahawa dia akn berubah. Bertitik tolak dari situ, Dania terus berusaha walaupn byk dugaan yg dihadapi termasuklah pandangan sinis penghuni2 lain disebabkn kandungannya yg kian membesar.

Tanpa Dania sedar, Ustaz Iqbal menaruh hati padanya sejak dari hari pertama mereka bersua muka. Entak kenapa Ustaz Iqbal merasa gembira bila terpandangkn Dania. Ummi dan Walid juga turut mudah jatuh sayang pd Dania semasa mula2 Dania tiba di Wadi Safiyyah.

Hadiah MP3 dan Al-Quran kecil dari Uztaz Iqbal menggembirakn hati Dania tetapi bg Dania, siapalah dia utk jatuh cinta dgn insan sebaik Uztaz Iqbal sedangkan dirinya telahpun ternoda dan ada kesan yg nyata atas kesilapan masa silamnya iaitu kandungan yg ditanggung. Sedang Dania bergembira atas hadiah itu, ada dua hati yg terluka yg masing2 menaruh hati pd Ustaz Iqbal. Tetapi, siapa mereka utk menolak rs cinta yg hadir dlm diri Dania dan Ustaz Iqbal. Sesungguhnya rs cinta itu merupakan anugerah dari yg Esa.

Di luar Wadi Safiyyah pula, si bapa masih terus-terusan mencari Dania dan masih mahu meneruskn niatnya utk mnggugurkan kandungan Dania. Si ibu terpaksa menanggung derita apabila sering kali didera oleh si bapa supaya memberitahu tempat persembunyian Dania. Si bapa sanggup membunuh si pembantu rumah mereka dan mencederakn si ibu demi mendapatkan Dania.

Akhirnya si bapa telah ditahan oleh pihak polis kerana telah terbabit dlm pembunuhan pembantu rumah mereka. Dania pula telah pulang ke rumah ibunya sebaik selesai melahirkan anak yg dikandungnya selama ini. Ustaz Iqbal telah dipertanggungjawabkn oleh si Ummi utk mengazankan anak Dania. Uztaz Iqbal tidak membantah. Melalui si anak, Ustaz Iqbal dan Dania melahirkn rasa cinta mereka dan cinta itu direstui oleh Ummi dan Walid serta seluruh isi Wadi Safiyyah.

p/s : happy ending….cita ni mmg best….aku bg 4 ½ bintang….hehehe….housemate aku pn kata cita ni best walaupn dia bukanlah minat sgt baca2 novel nih….so,sesapa yg belum baca lg, gi ar cr cita ni k….

Dec 17, 2009

Yang Sebenarnya....

Tajuk Novel : Yang Sebenarnya
Penulis : Aisya Sofea

Aku baru habiskan satu novel yg aku pjm dr sorg kwn….best cita ni…maybe sbb aku cm bley agak yg hero dia ni encem kot…hahaha, hubby jgn mrh ek...bygkanla, aku bleh habiskn buku ni dlm ms sehari….dlm pd aku d tempat keja, sempat gak aku curi2 baca novel ni…

Cita ni mengisahkan Dhiya berusaha nk sembuhkan hati abg sepupunya, Eddie yg kecewa lantaran kekasih hati berkahwin dgn lelaki lain walaupn di tentang hebat oleh ahli keluarga yg lain….tambahan pula kekasih hati abg spupunya merupakn kakak kandungnya sndiri…

Di saat2 perkahwinan bkl belangsung, Eddie membawa diri ke luar negara dgn alasan mendapat tawaran kerja di sana….Dhiya tahu, abg sepupunya itu, membawa hati yg lara….sepanjang Eddie di sana, saban waktu mereka berYM….Eddie tmpat Dhiya mengadu…..Jauh di mata, tp mereka sntiasa dekat…

Suatu hari, ibu bapa Eddie tlh meminta pertolongan dari Dhiya supaya bekerja dgn syarikat mereka sedangkan di waktu itu Dhiya bekerja sebagai pemandu van sekolah….Utk tidak menghampakan pak longnya (bapa Eddie), Dhiya bersetuju menerima tawaran itu, tp syaratnya adalah Dhiya hanya mahu bekerja sementara shj…pak long xboleh memaksa supaya Dhiya terus bekerja, andai satu hari nnt, Dhiya mahu meletakkn jawatannya…Deal !!!

Dhiya merupakan pekerja yg sgt berdedikasi dan berani…tidak lama selepas itu, Dhiya dikejutkn dgn kepulangan Eddie dari perantauan….Eddie pula telah bersetuju utk bekerja dgn syarikat bapanya….di sini lah, byk konflik yg berlaku antara Eddie dan Dhiya….Eddie x mampu mengawal kemarahannya apabila sesuatu perkara yg terjadi itu melibatkan Dhiya….Dhiya pula sgt kecewa kerana abg sepupu yg disangkanya sgt lembut dan menyayangi dirinya mampu berubah sebegitu skali…

Akhirnya, Dhiya mengambil keputusan utk berhenti dari syarikat pak longnya setelah ada pengganti yg dirasakn sesuai utk menggantikan tempatnya iaitu Nuryn….Nuryn merupakan sahabat Eddie semasa di luar negara sedangkan bg Nuryn, Eddie adalah kekasihnya… Kiranya, Nuryn merupakan org ketiga dlm hubungan Eddie dan Dhiya…

Sehinggalah suatu hari, Eddie sedar yg perasaannya pd Dhiya bukan lg kasih syg seorg abg pd seorg adik….kasih syg itu dh melebihi dr yg sepatutnya….Eddie ada meluahkn perasaannya pd Dhiya melalui YM…harapan Eddie supaya Dhiya fhm, tp Dhiya terlalu takut utk memahami niat murni Eddie…

Kemuncaknya, bila Dhiya terbabit dlm satu kemalangan yg disengajakan oleh Nuryn….Allah telah menggerakkn hati Eddie utk menjadi penyelamatnya….Eddie menggenggam tgn Dhiya seperti tidak mahu dilepaskn lg…begitu juga dgn Dhiya….hati mereka telah terpaut….tak mampu dipisahkn lg…

Dgn keizinan Allah dan restu dari kedua-dua belah keluarga, mereka telah disatukan menjadi suami istri yg sah…


p/s : Dari 5 bintang, aku bg cita ni 3 bintang….cita ni best, tp still xleh kalahkn cita Adam & Hawa….Chaiyo2, Aisya Sofea….karya anda mmg best… :)
 

My Chenta Hati

Daisypath Anniversary tickers

My Precious...

Daisypath Happy Birthday tickers
Copyright 2009 MyPalace. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan