Feb 16, 2016

Ketulan di payudara

Assalamualaikum / Salam sejahtera

Saya nak tunaikan janji ni..previous entry ada mentioned yang iolss pernah jumpa doktor due to ketulan dekat breast kan..ni cerita dia..

For info, ziqri masih fully breastfeed..saya perasan tentang ketulan tu dalam 2 hari dah..ketulan tu agak-agak sebesar limau nipis, bahagian bawah breast..sakit kalau sentuh..

Awalnya, ingat mungkin disebabkan besi bra, tapi dah masuk hari ketiga, macam risau pulak kan..so pegi la jumpa doktor..doktor check, and doktor cakap makan ubat dulu..

Saya tanya, ketulan tu apa? Bengkak susu ke? Katanya bukan, kalau bengkak susu, susu tak boleh keluar, tapi flow susu iolls lancar..saya tanya lagi, ada kemungkinan kanser ke? Doktor tu cakap, jangan risau, kalau ketulan kanser, selalunya tak sakit..

Dalam kes saya ni, kemungkinan disebabkan bakteria / kuman..kata doktor, lepas makan ubat, still sakit, datang jumpa dia lagi..Alhamdulillah, saya makan ubat sekali ja, terus lega..

Kesimpulannya, bukan semua ketulan tu kanser..tapi sebagai langkah berjaga-jaga, jumpa la doktor / pakar untuk dapatkan kepastian..

p/s : mungkin ada yang malu or tak selesa bila bercerita pasal masalah payudara ni, maaf la ye..tapi bagi saya, korang tak sakit boleh la cakap malu, bila dah kena kat korang or family korang, sendiri mau ingat la..peace yo !!

Feb 12, 2016

Kanser payudara : Cegah awal sebelum melarat

Assalamualaikum / Salam sejahtera

Lama dah berhajat nak menulis pasal kisah ni..tapi tak kesampaian..hari ni baru berpeluang..alhamdulillah..

Permulaan tahun ni, ada berita sedih buat kami sekeluarga..nenek tersayang disahkan pengidap kanser payudara..

Bermula dengan ketulan yang tak terasa sakit langsung..cuma sesekali terasa gatal..nenek anggap yang ketulan tersebut adalah biasa..tetapi berdasarkan pengalaman saya sendiri yang pernah berjumpa doktor akibat masalah ketulan di payudara beberapa bulan lalu (masalah saya ketulan tersebut menyebabkan saya sakit dan hampir demam..in shaa Allah saya buat entry lain nanti ya), ketulan kanser memang tak sakit (stage awal)..

Lalu kami bawa nenek ke klinik swasta..setelah di scan (ultrasound), doktor tersebut menasihatkan supaya terus ke hospital..jangan lengahkan lagi..3 kali appointment dengan doktor & pakar, 2 kali sampel ketulan di ambil, sah kanser..seminggu selepas tu nenek warded,  kena pantau tekanan darah (bp)..nenek ada darah tinggi..kalau bp masih tinggi, operation tak boleh dijalankan..kata doktor, risiko serangan jantung tinggi..2 hari di hospital then nenek discaj..operation cancelled..sebab bp masih tinggi..doktor bagi tarikh lagi seminggu untuk admit ward lagi sekali..dalam masa seminggu tu, nenek kena cek bp daily di klinik kesihatan..

Then nenek admit ward sekali lagi..bp agak tinggi dari normal, tp tak seteruk masa 1st time warded..operation berjaya..sebelah payudara dah dibuang..now nenek is in healing process..nenek tak sakit apa2 dan dah makin ceria..alhamdulillah..

Lepas ni nenek akan di x-ray @ scan @ mamogram (not so sure) untuk tahu ke mana sel kanser tu dah merebak..then nenek akan lalui proses kimoterapi..proses ni la yang paling nenek takut..huhu..kesian nenek..smoga nenek cepat sembuh..

Y'alls tolong doakan juga ye..thanks in advance..

..xoxo..

p/s : LPPKN ada menyediakan perkhidmatan ujian saringan mamogram percuma di hospital/klinik yang terpilih..tapi ada had umur ye..info lanjut, rajin2kan diri untuk google or go to LPPKN terdekat ye..untuk kawasan sungai petani, adalah di Bandar Laguna Merbok..staff2 kat situ sangat baik dan mesra..:-)

Jan 12, 2016

2016

Selamat tahun baru 2016

Hopefully makin rajin update blog tahun ni

Tahun baru, semangat baru, handphone baru..hehe


... till next entry ...
... xoxo ...

Mar 22, 2015

Ruam Lampin / Ruam Bayi

Salam..

Hari ni, nak share pasal ruam pada bayi..mommies sure akan risau punya la kalau baby ada ruam kan..tambah-tambah pulak kalau ruam tu dah jadi merah-merah plus berair..yang paling risau kat area leher and celah peha la kan..

For me, lagi la..ziqri kan dilahirkan dengan badan yang sihat..jadinya banyak la celah-celah yang perlu diberi perhatian..leher, ketiak, peha, pelipat-pelipat kat tangan dan kaki, semua kena jaga..

Untuk ziqri, saya guna drapolene untuk celah peha dan pelipat kat kaki..and bedak agnesia untuk leher, ketiak dan pelipat tangan..sangat berkesan untuk ziqri..kulit ziqri sentiasa kering walaupun ziqri kerap muntah..


Notes untuk mommies :
Kulit anak kita dengan anak orang lain tak sama..so kemungkinan anak kita tak boleh pakai apa yang anak orang lain pakai..maka, mommies kena cuba dulu..untuk elakkan pembaziran, beli pek yang paling kecil dan paling murah dulu..kalau sesuai, alhamdulillah..kalau tak sesuai, baru beli yang lain pulak yer..

Till next entry

.. Peace ..
..xoxo ..

Mar 14, 2015

G6PD deficiency

As i said before, Ziqri merupakan pengidap kekurangan G6PD ( G6PD deficiency). Kat bawah ni basic info je tau..untuk lebih details, consult doktor bertauliah ye..Happy reading guys..

******
G6PD (Glokosa - 6 - Fosfat Dehidrogenase) merupakan sejenis enzim yang terdapat di dalam sel darah merah manusia. Kekurangan enzim ini boleh memusnahkan sel darah merah apabila terdedah kepada jangkitan, ubatan tertentu ataupun makanan.

Ia bukanlah satu kecacatan atau penyakit. Ia adalah satu fenomena keturunan yang melibatkan kedua-dua jantina, lelaki dan perempuan, tetapi lebih sering dialami oleh bayi lelaki.

Dalam keadaan tertentu, sel darah merah pengidap akan mudah terpecah dengan lebih awal dari tempoh matangnya. Akibatnya pesakit akan mengalami gejala penyakit kekurangan darah (anaemia) seperti pucat, sesak nafas, lemah dan tidak bermaya.

Salah satu masalah yang dialami oleh seseorang dengan kekurangan G6PD timbul sebaik sahaja selepas kelahiran. Demam kuning pada bayi baru lahir adalah keadaan biasa bagi semua bayi baru lahir, tetapi apabila ia berlanjutan, kekurangan G6PD disyaki. 

Pengidap kekurangan G6PD biasanya tidak perlu dirawat melainkan dia telah menunjukkan simptom-simptom atau tanda-tanda komplikasi. Sekiranya anda adalah pengidap G6PD, anda perlu mengelakkan sebarang perkara yang boleh menyebabkan sel darah merah pecah seperti memakan kacang parang dan terdedah kepada ubat gegat.

Pengidap juga harus memberitahu doktor tentang status G6PD setiap kali berjumpa doktor kerana ada beberapa jenis ubat yang tidak boleh diambil oleh pengidap.

Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/G6PD

Paham tak??

As for me, tak lah risau sangat sebab memang dah biasa dengan benda alah ni..nak tau sebab apa?? Sebabnya saya ada 4orang adik lelaki yang kesemuanya pengidap g6pd deficiency ni..Alhamdulillah, diorang sihat walafiat..cuma kena pantang ja la..apa yang doktor cakap jangan tu, jangan la..kalau degil, tanggung sendiri..

Selain dari ubat gegat dengan kacang parang, my parents pesan pengidap tak boleh mandi kolam air panas sebab ada belerang..air panas dalam bath tub tak ada masalah ye..hehe..

Then, for mommies yang breasfeed baby yang ada masalah ni pun kena pantang jugak ye..doktor pun pesan supaya berjaga-jaga kalau nak makan ubat-ubatan tradisional, risau kalau ada bahan yang tak bagus untuk baby..apa-apa pun kena consult doktor dulu..lepas dah stop breastfeed, ko bedal la apa pun..

Till next time

..peace yo..
..xoxo..

Mar 13, 2015

Muhammad Ziqri

Salam uolls..

Ari ni nak cerita sikit pasal anak saya yang latest ( chewah,macam collection baju ja ) yang selamat dilahirkan pada 4.2.2015..ziqri nama diberi..maksud nama, scroll entry sebelum ni yer..

Ziqri lahir on date yang doktor bagi masa scan..ngam ngam soi orang kata..beza 2 hari dari birthday angah nya..kalau lahir date yang sama kan best..jimat duit beli kek..hehe..

Ziqri lahir dengan berat 4.4kg..beso oii..tapi alhamdulillah, Allah permudahkan urusan bersalin tu..sekejap ja rasanya..lepas bersalin ziqri kena tahan kat wad kanak-kanak..sebab berat berlebihan (>4kg)..takut ada diabetes..resultnya syukur both mommy n baby clear..

Proses recovery pulak agak lama compared to anak 1st and 2nd..my experience bersalinkan ziqri, rahim lambat kecut, batu meriam lambat nak tetap, luka banyak, tulang punggung sakit and trauma (haha)..dah mengurut 3 ari, still sakit-sakit..last-last cari bidan kat rumah my PIL..mengurut, baru ok..hampir sebulan la jugak..

Sekarang ni semua dah ok..tunggu lagi 7 hari ja,pastu hooreyy..selesai pantang..owh, nak bagitau ziqri disahkan kekurangan enzim g6pd..bukan penyakit berbahaya, tapi kena alert la..next entry kita cerita k..

Till next time

..peace yo..
..xoxo..

Mar 12, 2015

Nama Anak Z

Semalam dah bagitau nak mula yang baru kan..so ari ni, saya nak kenalkan nama anak-anak dulu yer..

Anak sulung - Zia Qistina
..Zia = Cahaya / Bersinar / Kemegahan
..Qistina = Keadilan

Anak kedua - Zia Hasya
..Zia = Cahaya / Bersinar / Kemegahan
..Hasya = Kesempurnaan

Anak ketiga - Muhammad Ziqri
..Muhammad = Nama Nabi S.A.W
..Ziqri = Terpuji / Yang Memuji Allah

Ya, nama anak-anak saya bermula dengan huruf Z..tak ada sebab spesifik, pantang larang ka apa..cuma rasa nak follow family suami..adik beradik suami, semuanya Z******..Tok Ki pun Z******..

Till next entry

..peace yo..

..xoxo..
 

My Chenta Hati

Daisypath Anniversary tickers

My Precious...

Daisypath Happy Birthday tickers
Copyright 2009 MyPalace. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan