Apr 21, 2012

Ustaz Don...Fenomena kerr ???

siapa rasa ya, angkat tangan...siapa rasa tak, think twice...siapa tak kenal empunya badan, sila google yer...for me, anda boleh dikategorikan ketinggalan kapal...kihkihkih...saya suka akan caranya dalam menyampaikan ilmu...sangat dekat di hati dan sangat mudah untuk difahami dan dimengerti...cheewah, promote gituuu...
dalam paper metro semalam ada artikel pasal beliau...umur masih muda, 28 tahun...kerjaya sebagai pengacara rancangan tv 30 minit Ustaz Don, pendakwah bebas dan pensyarah...sudah ada tunang yer...makcik-makcik yang teringin nak amik jadi menantu, sorry dah terlambat...

kagum membaca perihal sikap ibu bapanya dalam usaha mendidik beliau...setelah melahirkan beliau, ibunya telah mengambil keputusan untuk berhenti kerja supaya dapat menyusukan beliau secara eksklusif sehingga berumur 2 tahun...setiap malam, apabila beliau mahu menyusu, ayahnya juga akan turut bangun dan membuat susu untuk diminum oleh ibunya...ayahnya tidak membenarkan beliau disusukan sambil berbaring, maka ayahnya akan duduk supaya ibunya boleh bersandar di belakang badannya demi keselesaan si ibu...
sebagai ibu, saya juga mengimpikan anak-anak saya berjaya seperti beliau...berkongsi ilmu dengan orang ramai, mempunyai personaliti yang dihormati...insyaAllah...

buat anak-anak ibu, ibu sayang kalian...belajarlah setinggi yang termampu...imbangilah ilmu dunia dan ilmu akhirat...dahulukanlah ilmu akhirat kerna ibu yakin, sekiranya kamu kejar dunia, maka kamu akan hanya mendapat dunia...akan tetapi sekiranya kamu kejar akhirat, insyaAllah kamu akan dapat kedua-duanya (dunia dan akhirat)...jadilah anak-anak yang soleh dan solehah, kerna kamulah saham untuk ibu di akhirat kelak...okess, sampai sini je yer...ibu sudah mula syahdu...pokok pangkalnya, ibu sayang kalian...kalian harta yang paling berharga buat ibu dan ayah...

p/s : berapa ramai ibu bapa zaman sekarang yang mampu mencontohi sikap ibu bapa insan bernama Don Daniyal Don Biyajid ini yer...renung-renungkan...

Apr 20, 2012

Roti Paung

sumber from google
-tak boleh nak amik gambar sendiri, tangan kiri pegang Zia Hasya, tangan kanan jaga Zia Qistina sambil suap roti paung kat bala tentera saya - Zia Qistina dan En Suami-

uollss pernah makan tak?
or tak pernah dengar pun...
hehe...saya pun baru ja tau akan kewujudan spesis roti ni...
maklumla en suami kan orang terengganu...
roti ni famous amos kat sekitar terengganu dan kelantan...
sebelum ni tiap kali balik terengganu (ikut jalan grik ye kawan-kawan) gerai-gerai yang jual roti paung ni tak pernah nak bukak, selalu teringin nak try tapi hampa (bukan rezeki makcik gerai la namanya tu)...
tapi dah rezeki tekak saya kot, minggu lepas time balik kampung, ada jugak gerai yang bukak...
berdesup en suami break kereta and tanya nak beli tak...
of cos la nak...makan mana boleh tolak...

bila dah try, perghhh sodap hokay...
ditambah pulak harganya murah, sebuku (betul ka sebuku erk) baru rm2.50...sila jangan baca rm dua ringgit setengah yer...kalau rm dua ringgit setengah, mesti en suami cakap mahal sebab 2ringgit baru dapat setengah...hahaha (lawak kerrr?? ke saya ja yang rasa lawak ni, kalau en suami baca, mesti dia rasa lawak...)

ooppss, dah melalut ni...balik kat crita pasal roti paung k...roti ni sangat lembut, time beli panas-panas lagi...ada banyak jenis...kacang, kelapa, kaya, kosong and campur...saya paling suka inti kacang...kalau nak rasa semua inti, boleh beli yang campur...harga tetap sama rm2.50...berbaloi-baloiii...kalau makcik tu ada blog and terbaca entri saya ni, saya nak request buat inti coklat and strawberi lak...yang coklat leh pakai nutella (kalau yang ni sure harga lain), strawberi leh pakai jem...

p/s 1 : en suami, lepas ni sila berhenti and beli tiap kali kita balik kampung na...
p/s 2 : kawan saya dah bersalin 3 ari lepas secara ceaserean, tahniah...tetiba teringat time saya bertarung nyawa nak lahirkan Zia Hasya...perit and ngeri sungguh rasanya...sob sob...

Apr 6, 2012

Doa Memohon Dikembalikan Barang Hilang

Susulan daripada entry pasal hilang handphone sebelum ni, saya nak share doa yang saya dapat via google search...So, sesiapa yang kehilangan barang, boleh la amalkan doa ni...


Doa ini diskan daripada kitab terjemahan Bustanul Arifin oleh Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam dan diedit.

"Beramallah dengan keyakinan, dan sedarlah diri kita sedang memohon daripada Pemilik segala perkara tiada berkecuali."

Sumber : Di sini

Apr 2, 2012

Hilang...

handphone saya telah diculik...
kesian kat saya...
dah la baru pakai 3 bulan...
kesian kat saya...
dah la en. suami yang hadiahkan...
kesian kat saya...
skarang ni dah tak da handphone...
nak berhubung dengan saya?
sila gunakan FB yer kawan-kawan...


(source : google image)
iolllsss meratap uolllsss...
 

My Chenta Hati

Daisypath Anniversary tickers

My Precious...

Daisypath Happy Birthday tickers
Copyright 2009 MyPalace. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan