Sep 20, 2010

Pregnant dan Raya

Raya Raya Raya !!!

Finally, i'm working today...hahaha...setelah seminggu lebih on Hari Raya Leave...mood raya ?? of course la ada lagi...PENAT ??..for sure la babe...

ingatkan beraya dengan perut yang dah hampir 9bulan ok...rupa-2 nya...Hanya Tuhan yang tahu....nak tau kenapa ??...hmm, meh nak cita...

Hari Raya Pertama - masyuk gila...rumah terbuka bersepah-2...pilih ja nak makan apa...my mom masak nasi beriani...pastu cam teringin nak makan bakso & nasi tomato...kebetulan ada jiran yang buat...apa lagi, bila perut rasa cam kosong ja, pegi la menjamu selera...haha...sodapppp....

Hari Raya Kedua - my mom tak masak ari ni...sebab ari ni nak buat tour ke rumah sedara-mara...ari ni dapat makan laksam, mee rebus & mee kari...terbaikkk....TETAPI...selepas tengah malam, sakit belakang mula menyerang...asalnya cam boleh tahan...last-2, gua rebah...hahaha, bukan pengsan...terpaksa gerak hubby...sangat perlukan sokongan time tu...disebabkan tak tahan sangat, air mata pun tumpah...waaa...sungguh sakit...tak leh nak gambarkan camna sakit tu...fuhh, camna la nak bersalin nanti ek...Ya Allah, mudahkanlah urusan ku nanti...

Hari Raya Ketiga - my mom masak lontong...tiap-2 tahun mesti ada punya lontong ni...sebab this is my Tok Yah punya feveret...me & hubby pun suka gak...hehe...

Hari Raya Keempat - tour lagi...dapat makan mee kari & laksa....time makan memang syok...memang tak ingat doniya la orang kata...after balik umah, rehat jap, tengok tv, then tido...hampir pagi, dalam kul 6am, tetiba trasa cam sejuk sangat...walhal sepanjang ngandung ni, saya sentiasa panas...tapi pagi tu, siap pakai selimut and sweater lagi...pastu bleh plak badan menggigil...hubby panggil my parents, then bawa g klinik...tapi klinik tutup, nama ja klinik 24hours...huhuhu...

Hari Raya Kelima - Hari Raya Kesembilan - still demam lagi...yang tak tahannya bukan demam yang berterusan...demam ni kejap ok kejap tak ok...bila ok, peluh mengalahkan orang kerja kontrak bawah matahari yang terik...tapi bila tak ok, time tengahari buta, boleh plak berselimut...so, 5 hari raya ni kurang ceria la for me...

Hari Raya Kesepuluh - demam dah ok...just sakit kepala and pinggang ja...normal kot untuk orang pregnant...dalam kul 9.30am, me & hubby gerak balik KL...

Hari Raya Kesebelas - hari ni la tu...buat apa ??? keja la...apa lagi.... :)

walau camna pun, i'm happy coz tahun ni tahun 1st beraya as a wife to my beloved hubby and bakal jadi ibu to my baby....kenangan dan pengalaman ni akan kusimpan dalam kotak ingatan sampai bila...semoga kegembiraan yang dialami ini, akan berterusan hingga akhir hayat nanti...amin....
Sekian dulu noo...Byeeee.... :)

Sep 8, 2010

Salam Lebaran

(pic : credit to this blog...cik google yang tunjukkan...hihi...)

Lebaran menjelma lagi...terasa kejap ja masa berlalu....pejam-celik2, dah hampir sebulan kita berpuasa and dah nak raya pun...

di kesempatan ni, saya dan suami ingin memohon maaf andai andai terkasar bahasa or terlajak perbuatan...mohon ampun ya...andai ada termakan terminum, mintak dihalalkan ya...

dan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI untuk semua...

kepada yang nak balik kampung tu, hati-2 memandu...ingat orang yang tersayang...pesanan untuk diri sendiri gak nih, coz i'll going back to Sg. Petani this evening...hoorayyy....semoga semuanya selamat sampai ke destinasi masing-2..

tatataaa....

Sep 7, 2010

Kelebihan Seorang Wanita

today, i've received one email from my friend...regarding Kelebihan Seorang Wanita...kagum jap bila baca...baca sendiri erk...maybe agak panjang, tapi ilmu kan, rasanya tak rugi kot luangkan masa kejap... :)

Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali, Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh, Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat, 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil, Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

p/s : tak tau nak bagi credit kat sapa untuk info ni...coz tak dinyatakan pun dalam email tu...sorry ye tuan punya info ni...anyway, thanks for my friend yang forwardkan email ni...

p/s 2 : semoga kita sama-2 berusaha untuk jadi wanita solehah dan beroleh syurga...amin... :)

till next entry...Tatataaa....
 

My Chenta Hati

Daisypath Anniversary tickers

My Precious...

Daisypath Happy Birthday tickers
Copyright 2009 MyPalace. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan