Feb 16, 2016

Ketulan di payudara

Assalamualaikum / Salam sejahtera

Saya nak tunaikan janji ni..previous entry ada mentioned yang iolss pernah jumpa doktor due to ketulan dekat breast kan..ni cerita dia..

For info, ziqri masih fully breastfeed..saya perasan tentang ketulan tu dalam 2 hari dah..ketulan tu agak-agak sebesar limau nipis, bahagian bawah breast..sakit kalau sentuh..

Awalnya, ingat mungkin disebabkan besi bra, tapi dah masuk hari ketiga, macam risau pulak kan..so pegi la jumpa doktor..doktor check, and doktor cakap makan ubat dulu..

Saya tanya, ketulan tu apa? Bengkak susu ke? Katanya bukan, kalau bengkak susu, susu tak boleh keluar, tapi flow susu iolls lancar..saya tanya lagi, ada kemungkinan kanser ke? Doktor tu cakap, jangan risau, kalau ketulan kanser, selalunya tak sakit..

Dalam kes saya ni, kemungkinan disebabkan bakteria / kuman..kata doktor, lepas makan ubat, still sakit, datang jumpa dia lagi..Alhamdulillah, saya makan ubat sekali ja, terus lega..

Kesimpulannya, bukan semua ketulan tu kanser..tapi sebagai langkah berjaga-jaga, jumpa la doktor / pakar untuk dapatkan kepastian..

p/s : mungkin ada yang malu or tak selesa bila bercerita pasal masalah payudara ni, maaf la ye..tapi bagi saya, korang tak sakit boleh la cakap malu, bila dah kena kat korang or family korang, sendiri mau ingat la..peace yo !!

Feb 12, 2016

Kanser payudara : Cegah awal sebelum melarat

Assalamualaikum / Salam sejahtera

Lama dah berhajat nak menulis pasal kisah ni..tapi tak kesampaian..hari ni baru berpeluang..alhamdulillah..

Permulaan tahun ni, ada berita sedih buat kami sekeluarga..nenek tersayang disahkan pengidap kanser payudara..

Bermula dengan ketulan yang tak terasa sakit langsung..cuma sesekali terasa gatal..nenek anggap yang ketulan tersebut adalah biasa..tetapi berdasarkan pengalaman saya sendiri yang pernah berjumpa doktor akibat masalah ketulan di payudara beberapa bulan lalu (masalah saya ketulan tersebut menyebabkan saya sakit dan hampir demam..in shaa Allah saya buat entry lain nanti ya), ketulan kanser memang tak sakit (stage awal)..

Lalu kami bawa nenek ke klinik swasta..setelah di scan (ultrasound), doktor tersebut menasihatkan supaya terus ke hospital..jangan lengahkan lagi..3 kali appointment dengan doktor & pakar, 2 kali sampel ketulan di ambil, sah kanser..seminggu selepas tu nenek warded,  kena pantau tekanan darah (bp)..nenek ada darah tinggi..kalau bp masih tinggi, operation tak boleh dijalankan..kata doktor, risiko serangan jantung tinggi..2 hari di hospital then nenek discaj..operation cancelled..sebab bp masih tinggi..doktor bagi tarikh lagi seminggu untuk admit ward lagi sekali..dalam masa seminggu tu, nenek kena cek bp daily di klinik kesihatan..

Then nenek admit ward sekali lagi..bp agak tinggi dari normal, tp tak seteruk masa 1st time warded..operation berjaya..sebelah payudara dah dibuang..now nenek is in healing process..nenek tak sakit apa2 dan dah makin ceria..alhamdulillah..

Lepas ni nenek akan di x-ray @ scan @ mamogram (not so sure) untuk tahu ke mana sel kanser tu dah merebak..then nenek akan lalui proses kimoterapi..proses ni la yang paling nenek takut..huhu..kesian nenek..smoga nenek cepat sembuh..

Y'alls tolong doakan juga ye..thanks in advance..

..xoxo..

p/s : LPPKN ada menyediakan perkhidmatan ujian saringan mamogram percuma di hospital/klinik yang terpilih..tapi ada had umur ye..info lanjut, rajin2kan diri untuk google or go to LPPKN terdekat ye..untuk kawasan sungai petani, adalah di Bandar Laguna Merbok..staff2 kat situ sangat baik dan mesra..:-)

 

My Chenta Hati

Daisypath Anniversary tickers

My Precious...

Daisypath Happy Birthday tickers
Copyright 2009 MyPalace. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan