Oct 16, 2018

Amalan Sebelum Tidur

Rasulullah SAW berpesan kepada Siti Aisyah ra.

“ Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara iaitu :

1. Sebelum khatam al-Quran
2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat
3. Sebelum para muslimin meridhai engkau
4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah “

Bertanya siti Aisyah :
“Ya Rasulullah ! bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika? “

Rasul tersenyum dan bersabda :

1. “Jika engkau akan tidur , membacalah surat al –Ikhlas tiga kali. Seakan-akan engkau telah mengkhatamkan Al-Quran

2. “Membacalah shalawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku” maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat “

3. “Beristighfarlah” untuk para mukminin maka mereka akan meridhai engkau

4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir” maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah

( Tafsir Haqqi)

Sumber : peribadirasulullah
-------------------------------------------------------------------

Siapa yang memang buat amalan ni? Kalau dah buat, alhamdulillah..kalau belum, apa kata mulakan ini malam..pahala mudah, pahala free, takkan tak nak kot..renung-renungkan..😉😉

~ akak ~

0 comments:

Post a Comment

Jariku berkata:

 

My Chenta Hati

Daisypath Anniversary tickers

My Precious...

Daisypath Happy Birthday tickers
Copyright 2009 MyPalace. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan