May 12, 2011

Happy Nurse's Day


Sempena hari jururawat sedunia hari ni, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI JURURAWAT untuk semua jururawat di seluruh dunia...especially untuk jururawat di Hospital Sultan Abdul Halim (Wad O&G dan Wad Kanak-Kanak) di Sg. Petani, Kedah yang telah memberikan layanan yang terbaik buat saya dan anak saya sepanjang saya berada di sana...terima kasih yang tak terhingga (wah...promote nih)...juga buat jururawat di Klinik Kesihatan Sg. Lalang yang terletak di Taman Bandar Baru, Sg. Lalang...anda semua pun baik-baik belaka...

Paling tak dilupakan, Selamat Hari Jururawat untuk ibu saudara saya, Suraya...teruskan berkhidmat dengan cemerlang yer...

<< till next entry...tataaa.. >>

Nur Kasih Soundtrack

Jom layan video clip soundtrack untuk filem Nur Kasih...bakal menggegarkan pawagam-pawagam bermula 19 Mei 2011...



love this song...love nur kasih the series...hope will love nur kasih the movie also...

p/s : wahai cik abang sayang, kita pegi tengok na...plissssssssss...=)

May 11, 2011

Anugerah Buat Wanita

Just baca artikel ni dalam facebook...very interesting...so, terpanggil untuk share kat blog...silakan baca yer kawan-kawan...

15 Anugerah Allah Pada Wanita Yang Tiada Pada Lelaki

1. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. Keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis tersebut. Lalu Baginda bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat?
” Jawab mereka,”Tidak” Sabda Baginda “Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah Dan tidak Ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah Dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum orang lelaki.

2. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan DOA keberkatan.

3. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.

4. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah ( Kaabah).

5. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit Dan bumi.”

6. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat Dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”

7. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di Hari akhirat.”

8. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang Dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar Dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”

9. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka Dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka Dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat Dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di Mata orang-orang yang memerhatikannya.”

10. Sabda Nabi s.a.w. : ” Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut Dan janggut suaminya, memotong misai Dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut Dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga Dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka Dan selamatlah IA melintas Titian Shiratul Mustaqim.”

11. Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu masalah agama atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

12. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar Dan berjuang ke jalan Allah Dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat Dan bidadari Dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga Dan menunggu kedatangan suaminya dengan menunggang kuda yang diperbuat daripada permata yakut.

13. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan Dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

14. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya Dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

15. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya Ia menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya Ia mentaati perintah tersebut Dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau Dan dirinya. Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah...wallahua'lam...

p/s : bagus jugak kan, dari facebook ni kita sama-sama boleh dapat ilmu...thank you to Mr. Mark Zuckerberg...=)

May 10, 2011

Ustaz Aqil Hayy

Mode : Melayan video ceramah oleh Ustaz Aqil Hayy Rawa di Youtube

Tajuk Ceramah : Kita serupa...saya baru layan sampai part 6...

Kenapa Ustaz ni yang jadi pilihan saya ???
Saya juga tak tahu kenapa...tapi saya suka cara beliau sampaikan apa yang beliau tahu / ilmu beliau...iya, saya tahu uztaz ini pernah terlibat dengan isu-isu yang kurang sedap didengar, but for me, dalam bab mencari ilmu ni, abaikan la kejap isu itu yer...

Kenapa tetiba saya dengar ceramah plak ???

Sebabnya semasa tengah leka layan video-video muzik kat youtube pagi tadi, tetiba terlintas kat ati saya, kenapa la asyik layan video camni jer erk...apa la salahnya kalau sesekali layan ceramah agama kan...so, terus search nama uztaz ini...terasa sejuk sket ati ni...hihihi...

Sinopsis ceramah...
Sila google sendiri yer...ini kerana, saya juga belum khatam ceramah ni...(jangan marah...peace)

p/s : ini hanyalah pendapat saya...maaf andai ada yang kurang senang...sekian dulu, nak sambung layan...

<< tataaa >>

May 9, 2011

Mama

This is to all moms out there...especially to my beloved MAMA and lovely mother in law, MEK...thanks for being super great moms in my life...will love you both forever...



kenapa saya tak letak video yang bergambar??? nak tau erk...

sebab just nak kita semua hayati lirik lagu ni betul-betul...

** Happy Mother's Day **

<< tataa >>
 

My Chenta Hati

Daisypath Anniversary tickers

My Precious...

Daisypath Happy Birthday tickers
Copyright 2009 MyPalace. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan