Apr 21, 2012

Ustaz Don...Fenomena kerr ???

siapa rasa ya, angkat tangan...siapa rasa tak, think twice...siapa tak kenal empunya badan, sila google yer...for me, anda boleh dikategorikan ketinggalan kapal...kihkihkih...saya suka akan caranya dalam menyampaikan ilmu...sangat dekat di hati dan sangat mudah untuk difahami dan dimengerti...cheewah, promote gituuu...
dalam paper metro semalam ada artikel pasal beliau...umur masih muda, 28 tahun...kerjaya sebagai pengacara rancangan tv 30 minit Ustaz Don, pendakwah bebas dan pensyarah...sudah ada tunang yer...makcik-makcik yang teringin nak amik jadi menantu, sorry dah terlambat...

kagum membaca perihal sikap ibu bapanya dalam usaha mendidik beliau...setelah melahirkan beliau, ibunya telah mengambil keputusan untuk berhenti kerja supaya dapat menyusukan beliau secara eksklusif sehingga berumur 2 tahun...setiap malam, apabila beliau mahu menyusu, ayahnya juga akan turut bangun dan membuat susu untuk diminum oleh ibunya...ayahnya tidak membenarkan beliau disusukan sambil berbaring, maka ayahnya akan duduk supaya ibunya boleh bersandar di belakang badannya demi keselesaan si ibu...
sebagai ibu, saya juga mengimpikan anak-anak saya berjaya seperti beliau...berkongsi ilmu dengan orang ramai, mempunyai personaliti yang dihormati...insyaAllah...

buat anak-anak ibu, ibu sayang kalian...belajarlah setinggi yang termampu...imbangilah ilmu dunia dan ilmu akhirat...dahulukanlah ilmu akhirat kerna ibu yakin, sekiranya kamu kejar dunia, maka kamu akan hanya mendapat dunia...akan tetapi sekiranya kamu kejar akhirat, insyaAllah kamu akan dapat kedua-duanya (dunia dan akhirat)...jadilah anak-anak yang soleh dan solehah, kerna kamulah saham untuk ibu di akhirat kelak...okess, sampai sini je yer...ibu sudah mula syahdu...pokok pangkalnya, ibu sayang kalian...kalian harta yang paling berharga buat ibu dan ayah...

p/s : berapa ramai ibu bapa zaman sekarang yang mampu mencontohi sikap ibu bapa insan bernama Don Daniyal Don Biyajid ini yer...renung-renungkan...

0 comments:

Post a Comment

Jariku berkata:

 

My Chenta Hati

Daisypath Anniversary tickers

My Precious...

Daisypath Happy Birthday tickers
Copyright 2009 MyPalace. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan