Oct 30, 2012

Tips of the day...

salam...baru-baru ni, saya ada share kan pasal ceramah audio dari prof Muhaya kan...ari ni saya terasa macam nak share sikit apa yang saya dapat dari beliau....

3 rules penting yang kita kena selalu ingat dalm kehidupan seharian kita...

1. Siapakah orang paling penting?
Orang depan kita

2. Bilakah waktu yang paling penting?
Sekarang

3. Apakah amalan yang paling penting?
Buat baik

simple je...tapi kalau fikir balik, yang simple ni banyak maknanya kan...
that's all...
till next entry yoo....=)

Oct 10, 2012

Happy 3rd Anniversary

Buat Pelengkap Diri Saya,

Happy Anniversary, dear...
I Love You Yesterday
I Love You Still
I Always Have
I Always Will
Knowing you will be with me in all my tomorrows,
makes my today so wonderful.
An anniversary is a time to celebrate the joys of today, the memories of yesterday and the hopes of tomorrow.

Oct 4, 2012

Prof Dr Muhaya @ IKIMfm

siapa pernah dengar nama prof hebat ni...wanita berjaya yang juga seorang pakar mata di Prince Court Medical Centre...beliau juga merupakan seorang pendakwah dan pakar motivasi yang dikenali...dulu beliau pernah mengacarakan sebuah program bual bicara kat saluran astro...seingat saya tajuknya "Dari Mata Ke Hati"...sejujurnya saya tak tengok sangat...tapi sekarang ni saya sangat suka dah dengan prof ni...alhamdulillah dah tak payah duk mengadap depan tv kat rumah...sebabnya IKIMfm ada sediakan satu slot untuk prof muhaya bagi motivasi...kalau tak sempat dengar live, boleh dengar online...kat mana???


klik link yer...nak download boleh, nak dengar terus pun boleh...try le dengar yer...
daaaa.....

Oct 2, 2012

Bagaikan Khadijah Di Hati Rasulullah SAW



Sinopsis
Ada yang mengatakan perkahwinan ibarat pertaruhan. Ada pula yang mengatakan perkahwinan ibarat percaturan. Tidak kurang pula yang memberikan definisi perkahwinan sebagai perkongsian hidup dua hati yang berasal daripada dua keluarga yang berbeza segalanya. Walau apapun definisi perkahwinan mengikut takrifan individu, namun Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah, menyingkap petua-petua cinta abadi alam perkahwinan, pengalaman sebenar, tip-tip berguna serta amalan doa-doa tertentu dalam mengemudi bahtera perkahwinan supaya kekal hingga ke akhir hayat.

p/s : abang, jum cari buku nih...macam best ja...

source : PTS

Sep 28, 2012

Andai Lelaki Tahu



untuk lelaki-lelaki sekalian, take note yer...perempuan ni memang sangat complicated...dah lumrah kan...nak tak nak, kena la accept...dalam setiap hubungan harus ada give and take...if perempuan boleh terima kekurangan lelaki, so lelaki pun haruslah terima kekurangan perempuan...kan kita dilahir secara berpasangan dan tujuannya untuk melengkapi antara satu sama lain...paham kan...happy reading...

~Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

~Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

~Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

~Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

~Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

~Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

~Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

~Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

~Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

~Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

~Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

~Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

~Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

credit to : azreenamran

Sep 27, 2012

pentas opera

suasana sekarang memerlukan saya untuk jadi pelakon terbaik...memerlukan saya jadi hipokrit...memerlukan saya untuk bersandiwara...memerlukan saya untuk tidak menjadi diri sendiri...

persoalannya????
mampukah saya...help me please...

mode : seghabutnyok...

Sep 26, 2012

Churpchurp

korang pernah dengar tak? benda ni dah lama sebenarnya, tapi saya baru tahu...huhu...terlepas keretapi sungguh...actually Churpchurp ni ada kena-mengena dengan Nuffnang...adik-beradik kot...so, basically konsepnya sama...register account, masukkan column untuk iklan diorang kat blog korang...once ada orang yang click kat iklan tu, kita akan dapat duit...tak lah banyak, tapi better than nothing kan...i'm on the
way nak register...so, guys korang dah ke? kalau belum, jum la...ni webnya ya...
lepas ni, sila la lawat blog saya lagi yer, and click iklan tu yer...kalau korang dah ada, sila tinggalkan jejak korang ya...bye bye...=)



 

My Chenta Hati

Daisypath Anniversary tickers

My Precious...

Daisypath Happy Birthday tickers
Copyright 2009 MyPalace. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan