Jan 12, 2016
2016
Mar 22, 2015
Ruam Lampin / Ruam Bayi
Mar 14, 2015
G6PD deficiency
Mar 13, 2015
Muhammad Ziqri
Mar 12, 2015
Nama Anak Z
Mar 11, 2015
Fresh Start
Nov 21, 2013
Miss XL
Novel ni berkisah tentang seorang perempuan yang berbadan besar bernama Aime. Aime merupakan seorang pekerja di bahagian akaun tetapi tiba-tiba ditukarkan menjadi setiausaha kepada seorang pengurus pemasaran yang pelik tetapi macho bernama Azki. Azki sangat berang bila dapat tahu yang ibunya yang merancang supaya Aime menjadi setiausahanya sedangkan baginya dia boleh bekerja sendiri tanpa bantuan sesiapa.
Aime pula nekad untuk bertahan dengan jawatan barunya walaupun Azki sering memarahinya tanpa sebab dan langsung tidak memberikan tugasan kepadanya. Azki pula sangat malu kerana mempunyai setiausaha bersaiz XL sedangkan setiausaha orang lain semuanya bersaiz M atau L.
Suatu hari, bahagian pemasaran menerima seorang lagi pengurus baru bernama Nazwan. Nazwan berusaha memikat hati Aime dan berjaya. Aime teruja. Azki pula mula berasa cemburu tapi dinafikan perasaan itu. Rupa-rupanya Nazwan cuma menggunakan Aime untuk menjatuhkan Azki. Azki simpati pada Aime.
Azki dan Aime sedar yang mereka telah jatuh cinta tetapi dihalang pula oleh ibu Azki. Ibu Azki bercadang untuk menjodohkan Azki dengan adik tiri Azki. Aime mengundurkan diri untuk memberi laluan kepada adik tiri Azki yang merupakan kawan baiknya. Sedangkan diri Aime merana.
Akhirnya setelah berbagai rintangan dihadapi, mereka bersama juga. Kalau dah jodoh tak ke mana. Manusia hanya merancang, Tuhan jua la yang menentukan.
Sekian.
*** bagi saya novel ni sangat menghiburkan..overall saya bagi 4/5 bintang..
*** sila pegi beli yer kawan-kawan..


