Jun 7, 2010

Novel Setulus Janji




Tajuk Novel : Setulus Janji
Penulis : Aina Emir

Insyirah (Syira) – Anak angkat kepada sebuah keluarga yang mempunyai ramai adik beradik. Seorang pelajar yang masih menuntut di tahun akhir di sebuah university di Manchester.

Ilham - Merupakan salah seorang abang angkat kepada Insyirah. Ilham adalah abg sulung dalam keluarga dan berperangai agak serius. Ilham bekerja sebagai seorang pakar perubatan di sebuah hospital di ibu kota.

Aiman – Abang angkat kedua Insyirah. Aiman merupakan seorang yang sangat berbeza sifatnya dengan Ilham. Aiman bijak berkata-kata, sangat mesra, pandai mengambil hati dan merupakan seorang romeo.
   
    Semenjak Syira di Manchester lagi, Syira dan Aiman merupakan sepasang kekasih. Agak pelik bila bercinta dengan abang sendiri, tetapi hubungan itu bukan sesuatu yang salah kerana mereka hanyalah adik beradik angkat dan hubungan itu juga diketahui oleh seluruh ahli keluarga angkat mereka.
   
    Setelah bertahun di perantauan, akhirnya Syira menamatkan pengajiannya dan pulang ke tanahair. Hasrat hati untuk bertemu kekasih yang sekian lama hanya emel menjadi alat perhubungan terbantut apabila Aiman tidak muncul di KLIA seperti yang dijanjikan. Malah ditelefon juga tidak berjawab. Terpaksalah Syira menaiki pesawat bersendirian untuk pulang ke kampung halaman keluarga angkatnya di Sungai Dua, Pulau Pinang. Kecewanya hati bukan kepalang.

    Alangkah berdebarnya hati Syira bila pertama kali melihat Ilham yang telah lama tidak dijumpainya. Penampilan Ilham begitu menggetar jiwa seorang Syira. Malah Ilham semakin ramah dan sudah pandai bergurau. Gembiranya Syira dengan perubahan Ilham kerana dalam diam sejak berumur 12tahun lagi Syira menaruh hati kepada Ilham. Tanpa diketahui, Syira tidak bertepuk sebelah tangan.

    Ilham sukakan Syira sejak pertama kali Syira dibawa ke rumahnya. Ketika itu, Syira masih bayi, Ilham yang selalu menjaga Syira. Disebabkan perbezaan umur yang ketara, Ilham tidak berani untuk menyatakan rasa cintanya kerana ditakuti Syira belum bersedia untuk bercinta. Akan tetapi, kelewatannya mengundang duka kerana Aiman telah mendahuluinya. Terpaksalah Ilham memendam perasaan.

    Oleh kerana sifat romeo sejati yang ada pada Aiman, ibu bapanya yang juga ibu bapa angkat Insyirah mencadangkan supaya Ilham memikat Syira. Tujuannya, mereka takut sekiranya Aiman mempermainkan perasaan Syira. Ilham pula ibarat orang mengantuk disorongkan bantal. Tanpa memikirkan apa-apa, Ilham terus bersetuju. Hasilnya, Ilham berjaya menambat hati Syira. Lalu mereka pun berkahwin.

    Pada awalnya, kehidupan rumahtangga mereka sangat bahagia. Akan tetapi, tanpa mereka sedar, ada insan yang cemburu melihat kebahagiaan mereka. Aiman tidak dapat menerima bahawa kekasih hati telah pun menjadi milik abangnya sendiri. Manakala bekas tunangan Ilham pula muncul dengan niat untuk mendapatkan Ilham kembali. Mampukah mereka melawan badai demi badai yang datang melanda di kala usia perkahwinan yang masih terlalu mentah? Mampukah Syira yang masih muda bertahan dengan kerenah bekas tunangan kekasihnya? Mampukah Ilham yakin yang cinta Syira adalah untuknya? Apakah yang akan terjadi kepada Aiman?


**** Kalau nak tahu onar yang berlaku dalam rumahtangga mereka dan apakah kesudahan kisah ni, cari la novel ni…takkan la nak crita sampai abis kan, nanti orang lain nak baca novel ni dah tak best dah…tak da feel la katakana….actually ni novel lama, tapi den baru baca…den pinjam dari kakak ipar den…biasa la dalam menunggu kelahiran baby sulung den ni, haruslah den berjimat…so, tak boleh la nak beli novel baru…tapi disebabkan keinginan nak baca novel gak, den buat la pertukaran novel-2 lama den ngan kakak ipar den….

**** Thanks to kakak ipar den…

**** Tataaa….

0 comments:

Post a Comment

Jariku berkata:

 

My Chenta Hati

Daisypath Anniversary tickers

My Precious...

Daisypath Happy Birthday tickers
Copyright 2009 MyPalace. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan