Oct 30, 2012

Tips of the day...

salam...baru-baru ni, saya ada share kan pasal ceramah audio dari prof Muhaya kan...ari ni saya terasa macam nak share sikit apa yang saya dapat dari beliau....

3 rules penting yang kita kena selalu ingat dalm kehidupan seharian kita...

1. Siapakah orang paling penting?
Orang depan kita

2. Bilakah waktu yang paling penting?
Sekarang

3. Apakah amalan yang paling penting?
Buat baik

simple je...tapi kalau fikir balik, yang simple ni banyak maknanya kan...
that's all...
till next entry yoo....=)

Oct 10, 2012

Happy 3rd Anniversary

Buat Pelengkap Diri Saya,

Happy Anniversary, dear...
I Love You Yesterday
I Love You Still
I Always Have
I Always Will
Knowing you will be with me in all my tomorrows,
makes my today so wonderful.
An anniversary is a time to celebrate the joys of today, the memories of yesterday and the hopes of tomorrow.

Oct 4, 2012

Prof Dr Muhaya @ IKIMfm

siapa pernah dengar nama prof hebat ni...wanita berjaya yang juga seorang pakar mata di Prince Court Medical Centre...beliau juga merupakan seorang pendakwah dan pakar motivasi yang dikenali...dulu beliau pernah mengacarakan sebuah program bual bicara kat saluran astro...seingat saya tajuknya "Dari Mata Ke Hati"...sejujurnya saya tak tengok sangat...tapi sekarang ni saya sangat suka dah dengan prof ni...alhamdulillah dah tak payah duk mengadap depan tv kat rumah...sebabnya IKIMfm ada sediakan satu slot untuk prof muhaya bagi motivasi...kalau tak sempat dengar live, boleh dengar online...kat mana???


klik link yer...nak download boleh, nak dengar terus pun boleh...try le dengar yer...
daaaa.....

Oct 2, 2012

Bagaikan Khadijah Di Hati Rasulullah SAW



Sinopsis
Ada yang mengatakan perkahwinan ibarat pertaruhan. Ada pula yang mengatakan perkahwinan ibarat percaturan. Tidak kurang pula yang memberikan definisi perkahwinan sebagai perkongsian hidup dua hati yang berasal daripada dua keluarga yang berbeza segalanya. Walau apapun definisi perkahwinan mengikut takrifan individu, namun Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah, menyingkap petua-petua cinta abadi alam perkahwinan, pengalaman sebenar, tip-tip berguna serta amalan doa-doa tertentu dalam mengemudi bahtera perkahwinan supaya kekal hingga ke akhir hayat.

p/s : abang, jum cari buku nih...macam best ja...

source : PTS

Sep 28, 2012

Andai Lelaki Tahu



untuk lelaki-lelaki sekalian, take note yer...perempuan ni memang sangat complicated...dah lumrah kan...nak tak nak, kena la accept...dalam setiap hubungan harus ada give and take...if perempuan boleh terima kekurangan lelaki, so lelaki pun haruslah terima kekurangan perempuan...kan kita dilahir secara berpasangan dan tujuannya untuk melengkapi antara satu sama lain...paham kan...happy reading...

~Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

~Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

~Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

~Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

~Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

~Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

~Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

~Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

~Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

~Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

~Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

~Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

~Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

credit to : azreenamran

Sep 27, 2012

pentas opera

suasana sekarang memerlukan saya untuk jadi pelakon terbaik...memerlukan saya jadi hipokrit...memerlukan saya untuk bersandiwara...memerlukan saya untuk tidak menjadi diri sendiri...

persoalannya????
mampukah saya...help me please...

mode : seghabutnyok...

Sep 26, 2012

Churpchurp

korang pernah dengar tak? benda ni dah lama sebenarnya, tapi saya baru tahu...huhu...terlepas keretapi sungguh...actually Churpchurp ni ada kena-mengena dengan Nuffnang...adik-beradik kot...so, basically konsepnya sama...register account, masukkan column untuk iklan diorang kat blog korang...once ada orang yang click kat iklan tu, kita akan dapat duit...tak lah banyak, tapi better than nothing kan...i'm on the
way nak register...so, guys korang dah ke? kalau belum, jum la...ni webnya ya...
lepas ni, sila la lawat blog saya lagi yer, and click iklan tu yer...kalau korang dah ada, sila tinggalkan jejak korang ya...bye bye...=)



Recipe for Love

Today's Quote
(source : mr. google)

bagi saya, sebagai seorang isteri, kita kena selalu berdoa semoga Allah memberkati rumahtangga kita...dengan adanya keberkatan itu, maka insyaAllah aman sentosa lah kehidupan kita...Wallahualam...=)

Sep 24, 2012

facebooking

 (source : en. google)

after this, no more facebooking kat opis...oh no...buhsan dohhhh...
i wan't smart phone so badly....=(
Cc : suamikusayang

Love is in the air

today's quote...
>>> lovemyhubby <<<

Sep 22, 2012

messy...

argghhhhhhhhhh....saya serabut....hati saya tak tenang....

(source : en. google)

quote yang bagus rasanya untuk saya ni kan...saya akan cuba fikir yang baik-baik belaka....

Jun 18, 2012

Happy Father's Day

To : Mr. Suami
Dear, abang...selamat hari bapa...nothing much to say...just a million thanks to you for being a greatest husband for me and coolest daddy to our adorable princesses, Zia Qistina (1y 8m) and Zia Hasya (5m)....we love u damn much....=)



To : Mr. Ayah
Dear, ayah...selamat hari bapa juga...also nothing much to say....thanks for being with me no matter what happen...you're always by my side...give me strength when I'm weak...give me hope when I'm lost...thanks, thanks and so many thanks again...you're the super loving daddy ever...love u till the end....=)



To : Mr. Abah
Dear, Abah...selamat hari bapa....eventhough, you're just an instant father (bapa segera @ bapa mertua) to me, i'm glad to have you as my father in law...you're so nice...you're soft spoken yet strict...thanks for accept me to be in your family...love you, abah...=)


p/s : to all daddy in this world, happy father's day....

May 14, 2012

Pengakuan...

ini pengakuan berani mati....
saya dah kurang normal....waaaaaa..... saya dah kekurangan 1 batang gigi geraham...kihkihkih...(berani mati lah sangattt)...
itu sahaja...no idea nak tulis panjang-2...
tataaa...=)

Apr 21, 2012

Ustaz Don...Fenomena kerr ???

siapa rasa ya, angkat tangan...siapa rasa tak, think twice...siapa tak kenal empunya badan, sila google yer...for me, anda boleh dikategorikan ketinggalan kapal...kihkihkih...saya suka akan caranya dalam menyampaikan ilmu...sangat dekat di hati dan sangat mudah untuk difahami dan dimengerti...cheewah, promote gituuu...
dalam paper metro semalam ada artikel pasal beliau...umur masih muda, 28 tahun...kerjaya sebagai pengacara rancangan tv 30 minit Ustaz Don, pendakwah bebas dan pensyarah...sudah ada tunang yer...makcik-makcik yang teringin nak amik jadi menantu, sorry dah terlambat...

kagum membaca perihal sikap ibu bapanya dalam usaha mendidik beliau...setelah melahirkan beliau, ibunya telah mengambil keputusan untuk berhenti kerja supaya dapat menyusukan beliau secara eksklusif sehingga berumur 2 tahun...setiap malam, apabila beliau mahu menyusu, ayahnya juga akan turut bangun dan membuat susu untuk diminum oleh ibunya...ayahnya tidak membenarkan beliau disusukan sambil berbaring, maka ayahnya akan duduk supaya ibunya boleh bersandar di belakang badannya demi keselesaan si ibu...
sebagai ibu, saya juga mengimpikan anak-anak saya berjaya seperti beliau...berkongsi ilmu dengan orang ramai, mempunyai personaliti yang dihormati...insyaAllah...

buat anak-anak ibu, ibu sayang kalian...belajarlah setinggi yang termampu...imbangilah ilmu dunia dan ilmu akhirat...dahulukanlah ilmu akhirat kerna ibu yakin, sekiranya kamu kejar dunia, maka kamu akan hanya mendapat dunia...akan tetapi sekiranya kamu kejar akhirat, insyaAllah kamu akan dapat kedua-duanya (dunia dan akhirat)...jadilah anak-anak yang soleh dan solehah, kerna kamulah saham untuk ibu di akhirat kelak...okess, sampai sini je yer...ibu sudah mula syahdu...pokok pangkalnya, ibu sayang kalian...kalian harta yang paling berharga buat ibu dan ayah...

p/s : berapa ramai ibu bapa zaman sekarang yang mampu mencontohi sikap ibu bapa insan bernama Don Daniyal Don Biyajid ini yer...renung-renungkan...

Apr 20, 2012

Roti Paung

sumber from google
-tak boleh nak amik gambar sendiri, tangan kiri pegang Zia Hasya, tangan kanan jaga Zia Qistina sambil suap roti paung kat bala tentera saya - Zia Qistina dan En Suami-

uollss pernah makan tak?
or tak pernah dengar pun...
hehe...saya pun baru ja tau akan kewujudan spesis roti ni...
maklumla en suami kan orang terengganu...
roti ni famous amos kat sekitar terengganu dan kelantan...
sebelum ni tiap kali balik terengganu (ikut jalan grik ye kawan-kawan) gerai-gerai yang jual roti paung ni tak pernah nak bukak, selalu teringin nak try tapi hampa (bukan rezeki makcik gerai la namanya tu)...
tapi dah rezeki tekak saya kot, minggu lepas time balik kampung, ada jugak gerai yang bukak...
berdesup en suami break kereta and tanya nak beli tak...
of cos la nak...makan mana boleh tolak...

bila dah try, perghhh sodap hokay...
ditambah pulak harganya murah, sebuku (betul ka sebuku erk) baru rm2.50...sila jangan baca rm dua ringgit setengah yer...kalau rm dua ringgit setengah, mesti en suami cakap mahal sebab 2ringgit baru dapat setengah...hahaha (lawak kerrr?? ke saya ja yang rasa lawak ni, kalau en suami baca, mesti dia rasa lawak...)

ooppss, dah melalut ni...balik kat crita pasal roti paung k...roti ni sangat lembut, time beli panas-panas lagi...ada banyak jenis...kacang, kelapa, kaya, kosong and campur...saya paling suka inti kacang...kalau nak rasa semua inti, boleh beli yang campur...harga tetap sama rm2.50...berbaloi-baloiii...kalau makcik tu ada blog and terbaca entri saya ni, saya nak request buat inti coklat and strawberi lak...yang coklat leh pakai nutella (kalau yang ni sure harga lain), strawberi leh pakai jem...

p/s 1 : en suami, lepas ni sila berhenti and beli tiap kali kita balik kampung na...
p/s 2 : kawan saya dah bersalin 3 ari lepas secara ceaserean, tahniah...tetiba teringat time saya bertarung nyawa nak lahirkan Zia Hasya...perit and ngeri sungguh rasanya...sob sob...

Apr 6, 2012

Doa Memohon Dikembalikan Barang Hilang

Susulan daripada entry pasal hilang handphone sebelum ni, saya nak share doa yang saya dapat via google search...So, sesiapa yang kehilangan barang, boleh la amalkan doa ni...


Doa ini diskan daripada kitab terjemahan Bustanul Arifin oleh Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam dan diedit.

"Beramallah dengan keyakinan, dan sedarlah diri kita sedang memohon daripada Pemilik segala perkara tiada berkecuali."

Sumber : Di sini

Apr 2, 2012

Hilang...

handphone saya telah diculik...
kesian kat saya...
dah la baru pakai 3 bulan...
kesian kat saya...
dah la en. suami yang hadiahkan...
kesian kat saya...
skarang ni dah tak da handphone...
nak berhubung dengan saya?
sila gunakan FB yer kawan-kawan...


(source : google image)
iolllsss meratap uolllsss...

Mar 27, 2012

Ritter Sport

(source : en. google)

pernah tak makan coklat ni???
kalau tak pernah cer try...hehe...
1st time saya makan coklat ni bila boss hubby bawa balik dari jerman...
makan makan, terus suka...
tapi pastu senyap ja la, ingat ada kat jerman ja...
tak berani la ngada-ngada nak lagi...
tup tup jumpa kat Langkawi...
perghh...borong sakan la...pastu makan sorang-sorang...
tak mau kongsi...kihkihkih...
sodap sangat...

p/s : i want moreeee.....

Feb 17, 2012

pantang + sakit gigi

sy diserang sakit gigi...oh tidakkkk...dah la tengah berpantang..dugaan betul la...

Feb 5, 2012

baby 2.2.2012..

alhamdulillah..sy telah selamat melahirkan baby girl pada 2.2.2012 tepat jam 11.51am..pengalaman bersalin kali ni tersangat la berbeza..apapun syukur semuanya selamat..baby sy seberat 3.66kg, dilahirkan secara normal..nama dh ada,tp belum register lg..so,bla dh official, sy announce yer..
sekian...:)

Jan 16, 2012

Maaf....

cepatnya masa berlalu..saya sedang menghitung hari..menunggu saat2 datangnya simptom2 untuk melahirkan my 2nd bundle of joy..

macam2 rasa bermain di ati..susah nak explain..but i'm much more nervous untuk bersalin this time compared to time bersalinkn Zia Qistina..not sure why..maybe sebab sy dah tau sakit camna yang bakal dialami..bukan sebab tak excited ok..don't get me wrong..sy sangat la teruja..sy dah rindu bau baby kecik..rindu nak bau masham susu kat baby nanti..hehe..

so, sempena ari2 terakhir ni ( macam pesalah la plak) sy mohon sesiapa yang membaca, ampunkan salah silap sy..halalkan apa2 yg terlebih or terkurang..sy cuma manusia biasa yang tak lari dari membuat kesilapan.. sudilah kiranya kalian doakan supaya proses kelahiran lil baby ni nanti dipermudahkan-Nya..and both baby and sihat..amin..

smoga Allah mmbalas jasa kalian dengan berganda2 kebaikan..trima kasih ya..:)

Jan 7, 2012

baby boy vs baby girl...

orang kata pregnantkan anak lelaki beza ngan pregnantkan anak pompuan...apa bezanya erk...saya nak share yang saya penah dengar...

1. masa pregnantkan anak lelaki, perut nampak lebih tajam @ ke depan...anak pompuan plak, perut si ibu nampak lebih lebar...
2. pregnantkan anak lelaki, si ibu terasa badan lebih berat berbanding anak pompuan...
3. semasa dalam kandungan, anak lelaki lebih aktif berbanding anak pompuan...
4. si ibu lebih mudah terasa penat dan sakit-sakit semasa mengandungkan anak lelaki berbanding anak pompuan...
5. anak lelaki selalunya lebih besar dari anak pompuan...

tu la yang saya penah dengar...setakat dengar ja la...nak share pengalaman, saya belum layak lagi...kerna saya baru ada Qistina...kena tunggu yang dalam perut ni keluar dulu...sebabnya jantina si baby dalam kandungan ni masih belum boleh di kenalpasti...time buat ultrasound, doktor tak sure sangat and cakap nampak 'MACAM' pompuan...orang-orang tua plak cakap macam lelaki...so, tunggu je la...ohh...i'm so neves...saya tak kisah jantina apa pun, asalkan both baby and i selamat and proses kelahiran tu nanti dipermudahkan-Nya...doa-doakan yer...

sekian...

tataaaaa.... =)

Jan 5, 2012

Sawan Mengandung @ Eklampsia

Dalam entri sebelum ni, saya ada mention yang pregnancy kali ni berbeza kan...meh nak cita...

masa 1st time p buat buku merah kat klinik gomen, nurse takut saya ada kencing manis...puncanya berat lebih dari yang sepatutnya...means BMI lebih la...so, kena minum air gula...weekkk...sangat nak muntah ok...malam sebelum minum air gula tu dah kena pantang start pukul 10pm...tak boleh makan apa-apa pun kecuali air masak (minum)...esok paginya pukul 8am, kena ambik darah then minum air gula...dua jam lepas tu, ambik darah lagi skali...sementara tu tak boleh muntah, kalau muntah kena minum lagi skali...lagi tak sanggup...resultnya : alhamdulillah, kencing saya tak manis...gula dalam badan saya still normal...mungkin berkat dari minum air kosong yang banyak kot...

tadi beza pertama...beza kedua is sawan mengandung...1st time dengar pasal sawan mengandung ni...terkezut gak...nurse risau saya kena sawan ni sebab berat badan saya naik mendadak...akibatnya, saya kena check tekanan darah dan buat ujian protein dalam urin selang 2 hari...kalau tak silap saya, dalam bahasa saintifik sawan ni dipanggil eklampsia...menurut nurse yang saya jumpa, sawan ni bahaya untuk both baby and mummy...sebabnya bila ia terjadi, supply oksigen ke badan mummy terhenti sekaligus untuk baby pun terhenti...then boleh berlaku kematian...antara tanda-tanda sawan ni adalah sakit kepala yang kuat, pedih hulu hati dan sakit mata (silau) yang teruk...resultnya : alhamdulillah lagi, saya clear...

sekian dulu...lepas-lepas ni saya sambung lagi yer...

Tataa.....=)


p/s : pada yang lebih arif, betulkan la mana yang salah yer...trima kasih...

Jan 4, 2012

Blurrr....

ari ni tetiba rajin nk blogwalking...nyata mood berblog dtg lagi...tapi apa yang nk diblogkan??? saya pun tak tau...tak da idea...wahai idea....jelmalah kamu...


p/s : saya sedang menghitung ari untuk kelahiran kedua...seriously, pregnancy kali ni, sangat berbeza dengan yang sebelum ni...
 

My Chenta Hati

Daisypath Anniversary tickers

My Precious...

Daisypath Happy Birthday tickers
Copyright 2009 MyPalace. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan