Nov 9, 2013

Zoo Taiping

Continue cerita semalam..day 2 kitorang berkunjung ke zoo taiping pulak..kali ni mak,ayah n adik2 saya turut serta..bila berkumpul ramai-ramai, jangan kata pegi jalan,duduk kat umah pun dah syok kan..ni kan pulak keluar bersiar-siar..

Last time saya pegi,saya masih bersekolah..so tak ingat la harga tiket berapa kan..sekarang ni saya dah pun punya 2 orang anak..harga tiketnya rm18 untuk dewasa dan rm8 untuk kanak-kanak berumur antara 3-12 tahun..below 3years free ye..

Kitorang masuk zoo tu dengan berjalan kaki..pusing 1 zoo tu memakan masa dalam lingkungan 4-5jam..saya sangat tak recommend untuk naik train sebab train tu langsung tak berhenti untuk bagi masa kita tengok binatang-binatang tu..laju ja driver tu bawak..so, jalan kaki baru puas ati..boleh berlama-lama tengok sekor-sekor binatang then snap gambar..

Untuk yang bawa anak kecil, dinasihatkan supaya bawa stroller, topi, payung, air dan kudap-kudap..sehari sebelum pegi,hubby dah pesan untuk beli botol air untuk nina dan hasya..senang diorang nak minum bila haus..payung pulak in case kalau hujan..sebab masa kitorang pegi, paginya sangat cerah,tetiba tengahari hujan lebat..luckily   ada bawa payung tau..untuk kudap-kudap pulak, mak saya siap bungkuskan sosej dan nugget..lapar seyh bila berjalan-jalan kat dalam tu..

Nah layan gambar...

Nov 8, 2013

Restoran Mee Udang Pulau Sayak

Salam semua..dh lama tinggal blog ni..maaf yer..
Actually ni cerita masa cuti deepavali baru-baru ni..
Alhamdulillah..cuti kali ni sangat best..

Day 1 - saya,hubby dengan anak kedua shoot ke pulau sayak..tujuan utama ke restoran mee udang..
hubby makan mee goreng udang dan mee bandung..saya pulak makan nasi goreng udang special..setakat ni, saya sangat satisfied dengan makanan kat sini..masakan sedap plus udang yang sangat fresh..terbaik ooo..anak saya pun makan non-stop..
So,saya sangat2 recommend restoran ni..lokasi bertempat di pulau sayak berdekatan dengan pantai merdeka,kedah..

Test

Test blogging via phone..

Oct 30, 2012

Tips of the day...

salam...baru-baru ni, saya ada share kan pasal ceramah audio dari prof Muhaya kan...ari ni saya terasa macam nak share sikit apa yang saya dapat dari beliau....

3 rules penting yang kita kena selalu ingat dalm kehidupan seharian kita...

1. Siapakah orang paling penting?
Orang depan kita

2. Bilakah waktu yang paling penting?
Sekarang

3. Apakah amalan yang paling penting?
Buat baik

simple je...tapi kalau fikir balik, yang simple ni banyak maknanya kan...
that's all...
till next entry yoo....=)

Oct 10, 2012

Happy 3rd Anniversary

Buat Pelengkap Diri Saya,

Happy Anniversary, dear...
I Love You Yesterday
I Love You Still
I Always Have
I Always Will
Knowing you will be with me in all my tomorrows,
makes my today so wonderful.
An anniversary is a time to celebrate the joys of today, the memories of yesterday and the hopes of tomorrow.

Oct 4, 2012

Prof Dr Muhaya @ IKIMfm

siapa pernah dengar nama prof hebat ni...wanita berjaya yang juga seorang pakar mata di Prince Court Medical Centre...beliau juga merupakan seorang pendakwah dan pakar motivasi yang dikenali...dulu beliau pernah mengacarakan sebuah program bual bicara kat saluran astro...seingat saya tajuknya "Dari Mata Ke Hati"...sejujurnya saya tak tengok sangat...tapi sekarang ni saya sangat suka dah dengan prof ni...alhamdulillah dah tak payah duk mengadap depan tv kat rumah...sebabnya IKIMfm ada sediakan satu slot untuk prof muhaya bagi motivasi...kalau tak sempat dengar live, boleh dengar online...kat mana???


klik link yer...nak download boleh, nak dengar terus pun boleh...try le dengar yer...
daaaa.....

Oct 2, 2012

Bagaikan Khadijah Di Hati Rasulullah SAW



Sinopsis
Ada yang mengatakan perkahwinan ibarat pertaruhan. Ada pula yang mengatakan perkahwinan ibarat percaturan. Tidak kurang pula yang memberikan definisi perkahwinan sebagai perkongsian hidup dua hati yang berasal daripada dua keluarga yang berbeza segalanya. Walau apapun definisi perkahwinan mengikut takrifan individu, namun Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah, menyingkap petua-petua cinta abadi alam perkahwinan, pengalaman sebenar, tip-tip berguna serta amalan doa-doa tertentu dalam mengemudi bahtera perkahwinan supaya kekal hingga ke akhir hayat.

p/s : abang, jum cari buku nih...macam best ja...

source : PTS
 

My Chenta Hati

Daisypath Anniversary tickers

My Precious...

Daisypath Happy Birthday tickers
Copyright 2009 MyPalace. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan