Jun 13, 2010

Recycle

macam mana cara korang appreciate alam sekitar ek??..maybe ada orang yang suka amik gambar...masuk hutan, pegi taman-2, panjat bukit dan sebagainya untuk amik gambar...or maybe gak ada orang yang suka beli gambar yang berkaitan dengan unsur alam sekitar...contohnya pegi ke pameran-2 then beli...ataupun, maybe ada yang guna cara recycle, demi menjaga alam sekitar...

me??..hmm, kalau nak buat cara 1st tu, rasanya belum sampai masanya...now, hubby yang tengah gila amik gambar...so, biar dia ja yang teruskan dulu...cara kedua tu pulak, aku bukan orang yang berkemampuan untuk beli gambar-2 kat pameran...mesti mahal kan...

nampaknya, cara ketiga ja la yang seswai untuk aku kan...aku dah start dah...aku kan keja kat bahagian admin...so, banyak la file-2 yang ada...kalau file baru, selalunya akan ada seperator kat dalam tu kan...department aku jarang guna seperator tuh...selalunya akan terbuang ja la...rugi kan...tebang pokok semata-mata nak buat kertas-2 tuh...last-2 kat tong sampah plak peginya...untuk elak dari dibuang, aku kutip la suma tuh, then aku bindingkan cantik-2, jadikan buku nota...now, i have three note book hasil dari keja recycle ni...

taraaa....ni hasilnya...for me, it's not bad...guna apa yang ada, daripada nak keluarkan duit beli yang baru...kalau rajin, hiaslah sikit... :))


bukan apa, alam sekitar ni penting untuk kita jaga...bukan untuk orang lain pun...untuk generasi kita gak...  pengumuman, dua-2 note book kecik tu, dah kena kebas...1 my opismate mintak...1 lagi Mr. Hubby amik, katanya nak buat nota photography...diary yang digunakan skarang ni, agak besar n xseswai nak letak dalam beg...hmmm, terpaksa la aku buat yang lain nanti...tapi at least, ada yang hargai kan... :) sekian saja entry kali ni.... Tataa...

Jun 11, 2010

Proses pendaftaran ibu mengandung di HUKM

Entry kali ni bertujuan untuk share apa yang dh aku n hubby lalui masa nak pegi daftar bersalin kat HUKM…InsyaAllah, I plan to deliver my baby at HUKM ja…rasanya HUKM yg paling dekat kot…sebelum pegi daftar ari tu, ada gak aku search kat internet, apa yang kena bawak…tapi tak tau la kat mana silapnya, aku kena ulang 2kali pegi HUKM tu…
   
Actually, masa kandungan aku lebih kurang 4bulan setengah camtu, aku dah bagitau kat doctor klinik yang aku selalu buat check up tu yang aku akan continue check up kat HUKM…so, dia pun bagi la satu slip merah…katanya just bawak slip tu, bagi kat staf pendaftaran kat HUKM tu…banyak kali gak la aku tanya, tapi dia still cakap bawa slip tu ja…so, dengan senang hatinya, aku pun pegi ja la….
   
Bila sampai and nak daftar, staf tu tanya, ada surat rujukan dari klinik tak? Aku pun bagi ja la slip merah tu, tapi dia cakap, tak boleh guna slip tu ja untuk daftar…kena ada surat rujukan jugak….hmmm…then terpaksa la pegi klinik plak and mintak surat tu…nasib baik cepat ja….klau tak, masak den dibuatnya…
   
Dah amik surat, pegi balik kat HUKM…bagi kat staf pendaftaran slip merah (rekod check up) and surat rujukan, then diorang proses…pastu ada la diorang bagi panduan-2 sket, then setel…senang ja sebenarnya klau suma dokumen complete…

So, sesapa yang nk daftar bersalin kat HUKM, ni some info yang boleh aku share kan....
* Apa yang perlu dibawa semasa proses pendaftaran :
    - Slip rekod kesihatan bulanan (yang kita selalu buat check-up)
    - Surat rujukan dari klinik berkaitan (untuk surat ni, kita kena bagitau klinik tu, yang kita nak continue check up kat HUKM…sebab dalam surat tu nanti, doctor kena tulis surat yang ditujukan untuk HUKM)
* Masa pendaftaran boleh dibuat :
    - Waktu bekerja (kalau boleh, pegi la pagi-2…orang tak ramai sangat..)
    - Bila kandungan dah hampir 5 bulan (jangan daftar lewat sangat…better pegi daftar sebelum kandungan masuk 7 bulan…)
* Masa nak daftar tu, staf akan suggest kita untuk masuk kelas antenatal…kalau nak, kena bayar rm100.00 untuk kelas tu...mostly kelas tu akan diadakan on Saturday…dari pagi smpi la ke petang (anggaran 8.30am – 5.30pm)…actually for me, tak da la mahal sangat, sebab rm 100.00 tu termasuk makan untuk setiap couple…means, husband n wife la…tapi kalau husband tak leh datang, leh la bawa teman lain…antara silibus yang akan diorang ajar adalah :
    - Kehamilan Normal & Abnormal
    - Peranan Suami Semasa Kehamilan
    - Kelahiran Normal & Abnormal
    - Penjagaan Selepas Bersalin dan Perancang Keluarga
    - Mengurangkan Kesakitan Ketika Bersalin
    - Penjagaan Bayi
    - Penyusuan Susu Ibu
    - Persediaan Kemasukan Wad & Permohonan Sijil Kelahiran
    - Demonstrasi Senaman
    - Orientasi Wad (time ni diorang akan bawa kita pusing-2, tengok labour room, wad, etc…)
* Time daftar ni tak payah bayar pape lagi…bayaran akan dibuat masa 1st check-up nanti…
* Anggaran kos bersalin (untuk wad biasa) adalah :
    - Normal : RM 655.00 (termasuk epidural - jika ada)
    - Pembedahan : RM 1255.00 (termasuk epidural – jika ada)
* Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03-9145700 / 03-91457001…ni direct line untuk klinik O&G….

Sekian….

Jun 7, 2010

Novel Setulus Janji




Tajuk Novel : Setulus Janji
Penulis : Aina Emir

Insyirah (Syira) – Anak angkat kepada sebuah keluarga yang mempunyai ramai adik beradik. Seorang pelajar yang masih menuntut di tahun akhir di sebuah university di Manchester.

Ilham - Merupakan salah seorang abang angkat kepada Insyirah. Ilham adalah abg sulung dalam keluarga dan berperangai agak serius. Ilham bekerja sebagai seorang pakar perubatan di sebuah hospital di ibu kota.

Aiman – Abang angkat kedua Insyirah. Aiman merupakan seorang yang sangat berbeza sifatnya dengan Ilham. Aiman bijak berkata-kata, sangat mesra, pandai mengambil hati dan merupakan seorang romeo.
   
    Semenjak Syira di Manchester lagi, Syira dan Aiman merupakan sepasang kekasih. Agak pelik bila bercinta dengan abang sendiri, tetapi hubungan itu bukan sesuatu yang salah kerana mereka hanyalah adik beradik angkat dan hubungan itu juga diketahui oleh seluruh ahli keluarga angkat mereka.
   
    Setelah bertahun di perantauan, akhirnya Syira menamatkan pengajiannya dan pulang ke tanahair. Hasrat hati untuk bertemu kekasih yang sekian lama hanya emel menjadi alat perhubungan terbantut apabila Aiman tidak muncul di KLIA seperti yang dijanjikan. Malah ditelefon juga tidak berjawab. Terpaksalah Syira menaiki pesawat bersendirian untuk pulang ke kampung halaman keluarga angkatnya di Sungai Dua, Pulau Pinang. Kecewanya hati bukan kepalang.

    Alangkah berdebarnya hati Syira bila pertama kali melihat Ilham yang telah lama tidak dijumpainya. Penampilan Ilham begitu menggetar jiwa seorang Syira. Malah Ilham semakin ramah dan sudah pandai bergurau. Gembiranya Syira dengan perubahan Ilham kerana dalam diam sejak berumur 12tahun lagi Syira menaruh hati kepada Ilham. Tanpa diketahui, Syira tidak bertepuk sebelah tangan.

    Ilham sukakan Syira sejak pertama kali Syira dibawa ke rumahnya. Ketika itu, Syira masih bayi, Ilham yang selalu menjaga Syira. Disebabkan perbezaan umur yang ketara, Ilham tidak berani untuk menyatakan rasa cintanya kerana ditakuti Syira belum bersedia untuk bercinta. Akan tetapi, kelewatannya mengundang duka kerana Aiman telah mendahuluinya. Terpaksalah Ilham memendam perasaan.

    Oleh kerana sifat romeo sejati yang ada pada Aiman, ibu bapanya yang juga ibu bapa angkat Insyirah mencadangkan supaya Ilham memikat Syira. Tujuannya, mereka takut sekiranya Aiman mempermainkan perasaan Syira. Ilham pula ibarat orang mengantuk disorongkan bantal. Tanpa memikirkan apa-apa, Ilham terus bersetuju. Hasilnya, Ilham berjaya menambat hati Syira. Lalu mereka pun berkahwin.

    Pada awalnya, kehidupan rumahtangga mereka sangat bahagia. Akan tetapi, tanpa mereka sedar, ada insan yang cemburu melihat kebahagiaan mereka. Aiman tidak dapat menerima bahawa kekasih hati telah pun menjadi milik abangnya sendiri. Manakala bekas tunangan Ilham pula muncul dengan niat untuk mendapatkan Ilham kembali. Mampukah mereka melawan badai demi badai yang datang melanda di kala usia perkahwinan yang masih terlalu mentah? Mampukah Syira yang masih muda bertahan dengan kerenah bekas tunangan kekasihnya? Mampukah Ilham yakin yang cinta Syira adalah untuknya? Apakah yang akan terjadi kepada Aiman?


**** Kalau nak tahu onar yang berlaku dalam rumahtangga mereka dan apakah kesudahan kisah ni, cari la novel ni…takkan la nak crita sampai abis kan, nanti orang lain nak baca novel ni dah tak best dah…tak da feel la katakana….actually ni novel lama, tapi den baru baca…den pinjam dari kakak ipar den…biasa la dalam menunggu kelahiran baby sulung den ni, haruslah den berjimat…so, tak boleh la nak beli novel baru…tapi disebabkan keinginan nak baca novel gak, den buat la pertukaran novel-2 lama den ngan kakak ipar den….

**** Thanks to kakak ipar den…

**** Tataaa….

Jun 5, 2010

List Barang Baby

My pregnancy is about 5 months dah...plan dengan hubby, bulan depan nak start beli barang baby sikit-2 dah...awal sangat ke? Hmm...rasanya dah boleh start kan...tak da la kelam-kabut nanti...lagipun kalau nak beli sekaligus, takut tak termampu plak nanti....so, aktivity meng'google' pn bermula la...ni serba sedikit list barang hasil google'an itu....

PAKAIAN
* Mitten & booties - 4-5 pasang
* Topi – 1 pun dah cukup....
* Baju lengan pendek - 4-5 pasang (almaklumla skarang ni kan panas....)
* Seluar pendek - 4-5 pasang
* Baju lengan panjang - 4-5 pasang
* Seluar panjang - 4-5 pasang
* Barut
* Lampin kain/pakai buang (ikut keperluan...)

PENJAGAAN DIRI (BAYI)
* Bedak
* Losyen bayi
* Baby Oil
* Minyak Telon
* Wet tissue
* Nappy cream
* Cotton ball (yang ni boleh beli cotton biasa and jadikan bulat-2 sendiri...lagi jimat kot...)
* Cotton buds
* Sikat

MANDIAN BAYI
* Tuala
* Besen mandi (kalau mampu beli la bath tub untuk baby punya...klau tak, besen biasa pun dah ok
rasanya...parents dolu-2 mana ada guna bath tub bagai macam skang ni kan...)
* Sabun/mandian bayi
* Syampu bayi

KEPERLUAN TIDUR
* Tilam
* Bantal tidur (2)
* Bantal peluk (1)
* Selimut
* Kelambu (ni untuk prevent baby dari kena gigit ngan nyamuk...)
* Baby coat (tepuk dada, tanya poket....)
* Buaian (ikut selera masing-2...)

KEPERLUAN MINUM
* Susu ibu / Susu formula (fikir-2kan la mana yang the best utk baby sendiri...)
* Botol susu
* Puting
* Bib
* Tuala kecil
* Termos
* Berus cuci botol
* Sabun pencuci botol
* Sterilizer (yang ni pun kena tanya poket dulu...)

OUTING – for me, yang ni boleh tolak tepi dulu rasanya...tapi kalau dah duit berlebih-lebih, takda salahnya nak beli awal-2...skali lagi, tanya poket...)
* Stoller/Baby carrier (pouch/RS/wrap dll.)
* Car seat
* Beg
* Nursing cover

rasanya kalau pasal baby ni, for sure la kita nak dia dapat yang terbaik kan...tapi, tak semua orang mampu...bak kata pepatah, ukur baju kat badan sendiri...nak beli papepun berpada-pada lah...jangan pikir, orang ada, kita pun nak ada...susah camtu...lagi satu, timbang-2 kan la mana satu keperluan, mana satu kehendak...kalau keperluan, camna pun, memang kena adakan gak...tapi kalau kehendak, selalunya sebab nafsu ja....:)

p/s : kalau ada yang kurang, share-2 la erk...1st baby la katakan, takda experience lagi...

Tataa....

May 25, 2010

Fake Bun



Today, I received an email from ada seorang kenalan ni….for me, it’s very interesting…so, trasa macam nak share plak kat dalam blog ni…sharing is caring la katakan…

Email ni berkenaan sanggul arab….sekarang ni memang dah jadi trend dah…siap ada yang fake lagi…

gambar ehsan pakcik gugel..

Dalam emel tu, dia ada cakap yang dia ni blaja di sekolah Arab and dia tau la sikit2 that when you wear tudung, you’re not supposed to show any indication that your hair is long by tying your hair really high or buat sanggul sehingga menyebabkan lelaki boleh notice the presence of your long hair. Maknanya ia dah melanggar matlamat memakai tudung.
Disebabkan dia curious nak tau hukum sanggul tinggi2 ni, dia pn google la…ni petikan quote yang dia jumpa…
1.Hadith Riwayat Ahmad, Jil. 2, Ms. 223
“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”
2.Hadith Riwayat Muslim. Sabda Rasulullah s.a.w.
“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”

Walaubagaimanapun, for me it’s nice to see women yang pakai tudung dengan sanggul tinggi2 ni….tapi bila dah baca pasal ni, tak nak la membazir duit untuk beli fake sanggul tu…papepun, tepuk dada, tanya iman….hhmmm…itu je la…renung-renungkanlah…bukan niat di hati ini nak bagi tazkirah or pape, sbb diri sendiri pun belum cukup betul lagi…tapi rasanya tak salah if nak share ilmu ni sama2 kan…

Tataa…titiiii…tutuuuu….

p/s : tak boleh nak tulis sumber ni dari mana, sebab biasa la kan selalunya emel2 camni mana ada source dari mana diorang amik…anymay, thanks la untuk yang meng’fwd emel ni kat aku…

May 19, 2010

Makanan Semasa Hamil

Wanita hamil perlu makan untuk dua orang. Is it true? No, it’s not…sebetulnya adalah sepanjang kehamilan, wanita tersebut perlu membekalan nutrisi yang baik untuk dua individu…lain kan ???...ini kerana, apa yang dimakan oleh si ibu itulah yang akan membekalkan nutrisi untuk si bayi…sekiranya si ibu mengalami kekurangan mana-mana vitamin, kemungkinan besar, bayinya turut mengalami kekurangan tersebut…

Banyak mana tenaga yang wanita hamil perlukan?? 

  • Wanita yang tidak hamil memerlukan lebih kurang 2100 kalori sehari
  • Wanita hamil pula memerlukan 2500 kalori sehari
  • Wanita yang menyusukan bayi memerlukan sekitar 300 kalori sehari
Apakah jenis makanan yang patutu dimakan oleh wanita hamil?

Jawapannya adalah diet yang seimbang seharusnya diperolehi dari semua kumpulan makanan. Wanita hamil perlu mengambil kesemuanya bagi membekalkan tenaga setiap hari. Berikut merupakan anggaran yang boleh digunakan :
  • Sekitar 10% daripada kalori perlu dating dari protein. Protein boleh didapati di dalam makanan seperti daging, ikan , telur atau produk tenusu.
  • Sekitar 35% come from fat. Which is mainly found di dalam mentega, minyak, marjerin, produk tenusu dan kacang.
  • Selebihnya, sekitar 55% perlu dating dari karbohidrat. Karbohidrat senang didapati di dalam roti, pasta, kentang, nasi, jagung serta produk bijirin.
Vitamin dan mineral yang penting sepanjang kehamilan

Folic acid

Sepanjang tiga bulan pertama kandungan, wanita hamil perlukan folic acid. Ia merupakan dari kumpulan Vitamin B atau lebih dikenali sebagai vitamin B9. Vitamin ini penting bagi membina system saraf bayi dan ianya juga boleh membantu mengurangkan risiko kecacatan bayi. Sumber semulajadi folic acid adalah seperti barli, buah-buahan, sayuran hijau, jus oren, kacang serta nasi. Folic acid ini juga dicadangkan untuk dimakan dua bulan sebelum rancangan untuk mendapatkan bayi.

Zat Besi

Semasa hamil, wanita memerlukan lebih zat besi daripada biasa untuk menghasilkan apa yang diperlukan oleh darah bagi membekalkan nutrisi yang cukup kepada plasenta. Sumber zat besi boleh didapati daripada sayuran hijau seperti broccoli dan bayam, strawberi dan wholemeal bread. Zat besi lebih mudah diserap oleh tubuh sekiranya diambil bersama dengan Vitamin C yang boleh didapati dari buah-buahan citrus atau jus. Perlu diingat, kopi dan teh boleh mengganggu proses penyerapan ini.

Zinc dan kalsium

Zink dan kalsium juga diperlukan untuk perkembangan janin.

May 13, 2010

Melahirkan Bayi Besar


Maksudnya?

Big babies atau bayi dalam kandungan besar atau nama glamornya macrosomic…seseorang bayi itu boleh dikira macrosomic sekiranya berat bayi tersebut mencapai sekurang-kurangnya 4000 gram atau 4500 gram…wah…hampir sepaket beras 5 kilo tu…

Faktornya?
  • Genetik ibu bapa…contohnya tinggi dan berat parents…
  • Jantina bayi…selalunya bayi lelaki lebih besar berbanding bayi perempuan…
  • Si ibu mengidap diabetes…
Akan tetapi, tanpa kehadiran factor-2 di atas ini pun, bayi macrosomic ini boleh terjadi…

Kesannya?

Selalunya doctor akan mencadangkan untuk melakukan proses induce bagi kes-2 seperti ini…akan tetapi pihak American College of Obstetricians and Gynecologists tidak menggalakkan induction kerana melalui kajian yg dibuat, kebanyakan ibu yang membuat induction ini akan berakhir dengan pembedahan…it’s all our choice…

Pengalaman ibu-2 yang melahirkan bayi macrosomic
  1. Megan Trinter
A mother of two from Chicago, Illinois offers a great example. "Neither time did my midwife suspect a large baby," says Trinter. "With my first, I never had an ultrasound and the weight was guessed to be (via palpation) to be about 7 pounds. I had a biophysical profile at 41 weeks and 5 days with my second, and he was estimated at 9 pounds -- more than a pound less than he was." Trinter's daughter was 9 pounds, 6 ounces, while her son was 10 pounds, 4 ounces She gave birth to both children at home without complication.
  1. Nancy Price – co-founder of PregnancyAndBaby.com
She also welcomed /four/ bigger-than-average babies -- none delivered by cesarean section. In fact, the biggest of the bunch (shown just after birth in the photo above right) was an 11-1/2 pounder who arrived so quickly, there was no time for medication at all! "When they first called out the weight from the other side of the room, I thought I'd misheard it, and asked my husband to come closer to me to tell me again”. The answer was the same: 11 pounds, 7-1/2 ounces. I was shocked... I expected a ten pound baby at the most. If it looks like your baby will be big, remember the only way to accurately tell a baby's size is to weigh him after he's born. Talk to your doctor or midwife about the potential benefits and risks of inducing, allowing labor to start naturally, and birthing a big baby. I tell everyone who asks how I did it the same thing. The answer is “Have faith in your body! It created this amazing little person already”. I think you need to give yourself every chance to finish the process as needed, and not according to a calendar."

So, all mothers-to-be yang expect akan dapat ‘big babies’ ni risau lagi tak? Or dah makin bersemangat lepas baca apa yang Nancy Price cakap…hehehe…Gud luck ya….

Sumber: Di Sini Ya !!
 

My Chenta Hati

Daisypath Anniversary tickers

My Precious...

Daisypath Happy Birthday tickers
Copyright 2009 MyPalace. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan