Jan 4, 2010

Adam & Hawa

Tajuk Novel : Adam & Hawa
Penulis : Aisya Sofea

Am (Adam Mukhriz), seorang pilot yg tampan, punya aura yg tersendiri, mewah, bergaya dan sgt dedicated dgn kerjanya. Am sgt digilai oleh ramai wanita dan melayan kebanyakan wanita yg mahu mendampinginya. Ain (Ain Hawani) pula seorg gadis kampung yg sdg menunggu tawaran utk melanjutkan pelajarannya dan bekerja sbg pembantu di sebuah tadika bg mengisi ms terluang. Kebetulan, tadika itu kepunyaan kakak kandung Am. Suatu hari, mereka ditakdirkan terserempak. Ada debaran di hati masing-masing.

Sebelum Am ‘terbang’ lg, Am ada menghadiahkan Ain bunga. Yg peliknya, terdapat satu bunga plastik di antara bunga2 segar yg lain. Ain membaca kad yg ada di celah2 bunga tersebut. Taraaa !!! My love for you dies when last petal falls. Maksud yg sgt mendalam, right ??? Am byk memberi petunjuk bahawa, dia sukakan Ain, tetapi Ain tidak mahu terlalu ikutkan perasaannya kerana telah sedia maklum dgn tabiat Am yg terlalu kebaratan dan mempunyai ramai teman wanita.

Sehinggalah ditakdirkan pd satu hari, mereka ditangkap khalwat disebabkan perangkap yg dibuat oleh salah seorang wanita yg kecewa hatinya kerana Am memutuskan hubungan mereka. Ain membantah cadangan utk mereka dinikahkan, Am senyap tanpa bicara walau sepatah pn. Diam Am seolah2 mengiyakan dakwaan bahawa mereka berkhalwat. Akhirnya, mereka dinikahkan. Dan Ain melarikan diri dr suami yg dinikahi atas paksaan dan sgt dibencinya.

Selama bertahun-tahun Ain ke luar negara, menyambung pelajarannya, Ain sentiasa membajai hatinya dgn rs benci yg menggunung utk Am. Dan Ain menyangka bahawa pernikahannya telah terbatal dgn andaian bahawa pernikahan akn terbatal dgn sendirinya apabila si suami tidak memberi nafkah kpd si isteri dlm ms 3 bln berturut-turut. Akan tetapi, Ain pelik, ibunya selalu mengingatkan yg dia masih isteri Am. Setiap kali ditanya knp ibunya berkata demikian, setiap kali itulah Ain tidak mendapat jawapan. Ain buntu.

Sekembalinya Ain dr luar negara, pintu hatinya telah terbuka utk menunaikan umrah memandangkan duit simpanannya msh byk. Di sana, Ain dipertemukan dgn suami dan ibu mertuanya. Ada rasa lain yg terbit di hatinya sejak pertemuan demi pertemuan yg berlangsung dgn tidak sengaja di tempat yg sgt suci bg umat Islam itu. Adakah ini petunjuk utk satu perubahan yg bkl berlaku dlm hidup mereka sbg suami istri. Hanya Tuhan yg Maha Mengetahui.

Semasa perjumpaan dgn ibu mertuanya, dia juga disajikan dgn ayat yg sama iaitu dia msh isteri Am. Sehinggalah pd suatu hari, ibunya telah membuka rahsia bahawa selama ini, duit yg dikirimkan utknya setiap sepanjang pengajiannya di luar negara, merupakan duit nafkah dari Am. Am tidak pernah lupa pada tanggungjawabnya. Am juga xlupa pd tanggungjawabnya sebagai hamba Allah, Am telah berubah menjadi seorg muslim yg lebih baik.

Ain terharu dgn perubahan yg berlaku dlm diri Am walau pada mulanya dia tidak percaya. Akan tetapi, bila dia mengalaminya sendiri, Ain percaya suaminya itu benar2 telah berubah. Bermula detik itu, rs benci yg telah berakar umbi di dlm hatinya sejak sekian lama, hilang entah ke mana. Yg ada hanya perasaan kasih dan hormat seorg isteri kpd suaminya. Bahagia, itulah yg mereka sama-sama rs. Dan bahagia mereka kian bertambah sempurna tatkala Ain disahkan mengandung.

Hidup mereka kini lengkap dgn permata hati yg diberi nama Arissa Nurasyiqin. Tiada apa yg kurang bg Ain dan dia teramat bersyukur kerana telah dikurniakan suami yg penuh dgn kasih sayang dan romantis juga permata hati yg sihat dan comel.

Adam & Hawa kini bersatu dlm selautan kasih yg tidak bertepi…….


p/s 1 : hehehe….baru kali ni aku leh review psl cita ni…. walaupun novel ni dh lama…. tp xpa la kn….utk sapa2 yg xbaca lg cita ni, baca tau…aku dh bc cita ni 2 kali dh…

p/s 2 : org len ada azam, aku pn nk gak la….hihihi….sempena tahun baru ni, aku berazam utk baca blk novel2 lama aku n bt review kt sni….sesiapa yg ikut blog ni, sabaq naa….n insyaAllah, aku akan tambahkn koleksi novel aku n update gak kt sni ye…tunggu tau….. !!!!!

p/s 3 : thanks to my hubby sbb dia la yg bg cadangan n sokongan utk aku teruskan blog aku nih….luv him soooo much…. 

0 comments:

Post a Comment

Jariku berkata:

 

My Chenta Hati

Daisypath Anniversary tickers

My Precious...

Daisypath Happy Birthday tickers
Copyright 2009 MyPalace. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan