Jan 14, 2010

Bantuan Sekolah.....

ari ni baru aku terbaca dlm satu forum yg bantuan sekolah dh kena potong....aku baru ja kawen, xda anak lg, so x alert la sgt psl yuran skolah ni....tp dsebabkn ari ni aku xda keja, aku byk la sket membaca....then terbaca la psl ni...

katanya, dia terkezut sbb ari 1st antar ank p skolah, guru besar umum yg pihak KPM ada bt skit potongan terhadap peruntukan tahunan sklh berbanding thn lps...disebabkn potongan ni, pihak sklh terpaksa btlkn some activity sampingan sbb peruntukan xcukup....

Tuisyen2 tambahn pun kn dikurangkan @ dibatalkn sbb elaun khas guru utk bt tuisyen ni kn tarik blk...kesian kn utk parents yg xberkemampuan...parents yg mampu, blh la antar anak2 kt pusat tuisyen...anak2 org yg kurang berkemampuan cmna plak? kn blaja sndiri la maknanya....then cmna plak utk pelajar2 luar bandar yg kebykannya terdiri dr org2 yg kurang mampu...kesian diorg, ssh nk dptkn ilmu tambahan....

knp jd cmni ek...sepatutnya pendidikan ni kn diutamakan...sbb pendidikan la yg akn majukn anak bangsa....majukn negara....klau xdpt pendidikan yg ckp, cmna anak2 ni nk bersaing dlm dunia yg dikatakan tanpa sempadan skang ni....kt mn slhnya smpi jd cmni???..atau pn suma ni terjadi ekoran dari kemerosotan ekonomi dunia...

sma2 la kita pikirkan...

Kt Sini La Aku Baca

p/s : utk yg xda anak lg (cm aku gak la), simpan la duit utk pembelajaran anak2 kita nnt....utk yg dh alami suma ni, tabahkn ati....kerja kuat lg, sbb pelajaran tu penting...xda pelajaran, kita xkemana....sedang graduan lg kn menganggur, ini kn pula ........................ (sambung la sndiri k....)

Jan 12, 2010

Cendawan Tiram Kelabu

ms godek2 gmbr lama....aku terjumpa plak gmbr2 ni....tetiba trasa nk share dlm blog....hehehe....entry ni psl cendawan....nm dia cendawan tiram kelabu....kiranya ni cm family biz gak ar....kecil2-an ja....baru nk blaja...


ni time tgh riang nk tumbuh...


kutip lmbt sket ja, leh jd menggerutu kt keliling...



xtau apa yg xkena ngn cendawan2 ni, bla dia nk menjadi, fuiyoo...mmg byk gla...smpi xtau nk distribute kt mn...tp bla time dia xnk jd...mmg agak skt ati ar...tp lumrah biz la kn...kdg2 utung, kdg2 rugi...apa yg penting??? kerjasama...hehehe...xlah....apa yg penting, usaha tanpa jemu n tawakal....

smoga biz family ku ini akn lbh berkembang dan maju....amin...

20 Amalan Murah Rezeki

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya :

1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi : “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim) Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.”
(Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.

15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki. Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:“Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (At-Thalaq: 3)Nabi s.a.w. bersabda:“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3) Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya

Sumber : Sila Klik Kat Sini

Jan 11, 2010

Doa Seorang Isteri

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Kau ampunilah dosa ku Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan Ya Allah Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya Sekiranya... suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya Tetapi Ya Allah... Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu.. Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya. . Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan.. Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya Sekiranya suami ku menyintai kesesatan Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena Ya Allah... Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku Sekiranya aku tersilap membuat keputusan.. Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri.. Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu.. Aku buta tanpa bimbinganMu. . Aku cacat tanpa hidayahMu.. Aku hina tanpa RahmatMu.. Ya Allah Kuatkan hati dan semangatku Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan Kerana aku pasrah dengan dugaanMu Kerana aku sedar hinanya aku Kerana aku insan lemah yang kerap keliru Kerana aku leka dengan keindahan duniamu Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu Ya Allah Ya Tuhanku... Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati Isteri yang dikasihi Isteri yang soleha Isteri yang sentiasa dihati Amin, amin Ya Rabbal Allamin..


Sumber : Forum Cari


p/s: aku sebak jap bila terbaca doa ni...

Jan 8, 2010

Inai Lukis / Ukir - Haram Ke ????

Last night my roommate & I had a discussion about inai lukis ni…yg slalu newlywed pki kt tgn n kaki tu…Actually I’m a bit confuse psl hukum pki inai ni….so, early morning aku smpi kt opis, aku pn search la psl ni….ni hasil dari google searching aku….

Ni hasil google search yg pertama….

Sekarang ini ramai orang perempuan (pengantin) memakai inai dengan mengukir ala tatu di tangan.

Mari kita sama-sama merenung hadis Nabi ini:

1. Dari Ibnu Umar ra katanya:

" Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan. Dan (Rasulullah s.a.w) mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu"..(Hadis bil. 2003 : Sahih Muslim).

2. Dari Abu Hurairah r.a Nabi s.a.w bersabda :

"Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain, wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain, wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)"..(Hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari)

Jelas Dato' Abu Hasan Din Al-Hafiz : " inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu dalam kategori tatu, kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul hujung jari"

Sumber : http://www.mesra.net


Ni hasil google search yg kedua….

Diriwayatkan dari Aishah RA. Bahawa seorang wanita mengisyaratkan di belakang tabir bahawa dia ingin menyampaikan surat kepada baginda S.A.W. lalu baginda melihat tangan itu seraya

baginda bersabda:
“Aku tidak tahu samada ini tangan lelaki atau perempuan.”

Perempuan itu menjawab:
“Aku adalah seorang wanita.”

Baginda bersabda:
“Sekiranya kamu seorang perempuan, berbezalah dengan memakai henna (inai) dijarimu.”

(hadith riwayat abu dawud)

Jadi, inai adalah sejenis pewarna yang boleh di pakai oleh wanita pada bila-bila masa. Dan Baginda Rasulullah SAW menyatakan bahawa pemakaian inai adalah untuk membezakan tangan seorang lelaki dengan wanita. Tapi saya ada terbaca, diharamkan memakai inai bagi wanita dalam idah yang kematian suami (tak pernah tahu sebelum ni).

Sumber : http://nurulism.com


Pendapat aku....

Rentetan dari discussion aku ngn roommate aku last night, kesimpulan yg aku bt menerusi pendapat dia adalah kita boleh pki inai lukis ni kalau niat kita bukan untuk menunjuk-nunjuk….tp dia tny aku blk, ada ka org bt bkn sbb nk tunjuk kt org….slalunya mmg sbb nk tunjuk la, lukisan kt tgn dia tu cantik….hmm….ntah la….tu pendapat dia….

Pendapat aku plak, xyah pki lg baik kot…xyah nk ragu2….senang kn….hahhaha….

p/s : ni Cuma beberapa pendapat ja, klau ada pendapat lain, kongsi2 la ek….bak kata tajuk entry aku sblm ni, sharing is caring….ok…klau ada pape lg, aku gtau na…. :)

Jan 7, 2010

Boys Over Flower

Setelah beberapa entri psl novel, aku nk alih angin sket, nk cita psl tv series plak…kita tgk cmna ya….tp aku ttp akn teruskan review novel gak….dont worry k….

Antara pelakon cita ni adalah jejaka2 group F4….ala, yg belakon cita meteor garden petang2 yg femes gla dl tu….xigt??? huhh…rugi2….yg pmpn plak, sori ye, aku xigt nm sbnr dia….

Title : Boys Over Flower

Cita ni mengisahkan hubungan antara dua darjat gak lebih kurang….jejaka F4 terdiri daripada org2 yg berada….yg plg kaya, confirm la hero kn…nm dia Gu Jun Pyo….mereka semua ni bersekolah di sekolah kepunyaan keluarga Jun Pyo iaitu Sekolah Shinhwa….sekolah Shinhwa ni, sekolah utk anak2 org kaya ja….klau xkaya xleh msk….n kumpulan F4 ni ada bangunan pembelajaran dia yg sndr…org len xleh campur….cikgu2 utk diorg pn khas…diorg xmsk klas cm org len…over kn….

Satu hari, nk dijadikan cita la kn, heroin cita ni, Guem Jan Di telah selamatkan slh seorg pelajar Shinhwa yg nk bunuh diri (terjun bangunan)…utk bg reward kt dia, presiden Kumpulan Shinhwa bg peluang kt dia utk belajar kt sekolah Shinhwa….bkn senang, org miskin mcm Jan Di utk msk sekolah tu….

Jan Di, orangnya sgt lurus dan sgt berterus terang….n agak panas baran….slalu cr psl ngn Jun Pyo sbb dia slalu xberkenan ngn sikap Jun Pyo…dlm dok gaduh2 ngn Jun Pyo, slh seorg ahli kumpulan F4 telah jatuh hati dgn telatah dan sikap Jan Di iaitu Ji-Ho…Ji-Ho dan Jun Pyo punya personality yg sgt berbeza….Ji-Ho pendiam dan penyabar manakala Jun Pyo, panas baran….

Setelah bergaduh hampir setiap kali berjumpa, Jun Pyo dpt merasai kelainan perasaannya…dia rs yg dia dah mula menyukai Jan Di….mcm2 yg Jun Pyo bt utk gembirakan Jan Di, tp dlm ms yg sama, mereka ni xleh berhenti gaduh….walaupn nk mkn kt tepi pantai yg ala2 romantik pn, bleh gaduh lg….ish ish ish….bla Ji-Ho tau yg Jun Pyo suka kt Jan Di, Ji-Ho pn beralah, Ji-Ho undur diri….kesian Ji-Ho tau….dh la Ji-Ho ensem, baik plak tu….

Yg selebihnya, aku sarankan korang tgk sndiri…cita ni tgh on-air kt tv8…tp aku dh tgk smpi abis dh…sbb aku xsabar nk tau ending dia…so, aku bli dvd cita ni as hadiah utk besday mak aku…n aku pn join tgk skali...hehe….pendek kata, serampang dua mata la…hihihi….

Bg aku, best part of cita ni ialah, smpi kt last episode cita ni, aku cm xleh agak lg, si Jan Di ni nk plh sapa…Jun Pyo or Ji-Ho….dh btl2 last, baru tau….hubby aku pn ska cita cmni la….cita yg kita xleh bajet ending dia cmna…


p/s : aku suka cita ni….

Jan 4, 2010

Adam & Hawa

Tajuk Novel : Adam & Hawa
Penulis : Aisya Sofea

Am (Adam Mukhriz), seorang pilot yg tampan, punya aura yg tersendiri, mewah, bergaya dan sgt dedicated dgn kerjanya. Am sgt digilai oleh ramai wanita dan melayan kebanyakan wanita yg mahu mendampinginya. Ain (Ain Hawani) pula seorg gadis kampung yg sdg menunggu tawaran utk melanjutkan pelajarannya dan bekerja sbg pembantu di sebuah tadika bg mengisi ms terluang. Kebetulan, tadika itu kepunyaan kakak kandung Am. Suatu hari, mereka ditakdirkan terserempak. Ada debaran di hati masing-masing.

Sebelum Am ‘terbang’ lg, Am ada menghadiahkan Ain bunga. Yg peliknya, terdapat satu bunga plastik di antara bunga2 segar yg lain. Ain membaca kad yg ada di celah2 bunga tersebut. Taraaa !!! My love for you dies when last petal falls. Maksud yg sgt mendalam, right ??? Am byk memberi petunjuk bahawa, dia sukakan Ain, tetapi Ain tidak mahu terlalu ikutkan perasaannya kerana telah sedia maklum dgn tabiat Am yg terlalu kebaratan dan mempunyai ramai teman wanita.

Sehinggalah ditakdirkan pd satu hari, mereka ditangkap khalwat disebabkan perangkap yg dibuat oleh salah seorang wanita yg kecewa hatinya kerana Am memutuskan hubungan mereka. Ain membantah cadangan utk mereka dinikahkan, Am senyap tanpa bicara walau sepatah pn. Diam Am seolah2 mengiyakan dakwaan bahawa mereka berkhalwat. Akhirnya, mereka dinikahkan. Dan Ain melarikan diri dr suami yg dinikahi atas paksaan dan sgt dibencinya.

Selama bertahun-tahun Ain ke luar negara, menyambung pelajarannya, Ain sentiasa membajai hatinya dgn rs benci yg menggunung utk Am. Dan Ain menyangka bahawa pernikahannya telah terbatal dgn andaian bahawa pernikahan akn terbatal dgn sendirinya apabila si suami tidak memberi nafkah kpd si isteri dlm ms 3 bln berturut-turut. Akan tetapi, Ain pelik, ibunya selalu mengingatkan yg dia masih isteri Am. Setiap kali ditanya knp ibunya berkata demikian, setiap kali itulah Ain tidak mendapat jawapan. Ain buntu.

Sekembalinya Ain dr luar negara, pintu hatinya telah terbuka utk menunaikan umrah memandangkan duit simpanannya msh byk. Di sana, Ain dipertemukan dgn suami dan ibu mertuanya. Ada rasa lain yg terbit di hatinya sejak pertemuan demi pertemuan yg berlangsung dgn tidak sengaja di tempat yg sgt suci bg umat Islam itu. Adakah ini petunjuk utk satu perubahan yg bkl berlaku dlm hidup mereka sbg suami istri. Hanya Tuhan yg Maha Mengetahui.

Semasa perjumpaan dgn ibu mertuanya, dia juga disajikan dgn ayat yg sama iaitu dia msh isteri Am. Sehinggalah pd suatu hari, ibunya telah membuka rahsia bahawa selama ini, duit yg dikirimkan utknya setiap sepanjang pengajiannya di luar negara, merupakan duit nafkah dari Am. Am tidak pernah lupa pada tanggungjawabnya. Am juga xlupa pd tanggungjawabnya sebagai hamba Allah, Am telah berubah menjadi seorg muslim yg lebih baik.

Ain terharu dgn perubahan yg berlaku dlm diri Am walau pada mulanya dia tidak percaya. Akan tetapi, bila dia mengalaminya sendiri, Ain percaya suaminya itu benar2 telah berubah. Bermula detik itu, rs benci yg telah berakar umbi di dlm hatinya sejak sekian lama, hilang entah ke mana. Yg ada hanya perasaan kasih dan hormat seorg isteri kpd suaminya. Bahagia, itulah yg mereka sama-sama rs. Dan bahagia mereka kian bertambah sempurna tatkala Ain disahkan mengandung.

Hidup mereka kini lengkap dgn permata hati yg diberi nama Arissa Nurasyiqin. Tiada apa yg kurang bg Ain dan dia teramat bersyukur kerana telah dikurniakan suami yg penuh dgn kasih sayang dan romantis juga permata hati yg sihat dan comel.

Adam & Hawa kini bersatu dlm selautan kasih yg tidak bertepi…….


p/s 1 : hehehe….baru kali ni aku leh review psl cita ni…. walaupun novel ni dh lama…. tp xpa la kn….utk sapa2 yg xbaca lg cita ni, baca tau…aku dh bc cita ni 2 kali dh…

p/s 2 : org len ada azam, aku pn nk gak la….hihihi….sempena tahun baru ni, aku berazam utk baca blk novel2 lama aku n bt review kt sni….sesiapa yg ikut blog ni, sabaq naa….n insyaAllah, aku akan tambahkn koleksi novel aku n update gak kt sni ye…tunggu tau….. !!!!!

p/s 3 : thanks to my hubby sbb dia la yg bg cadangan n sokongan utk aku teruskan blog aku nih….luv him soooo much…. 
 

My Chenta Hati

Daisypath Anniversary tickers

My Precious...

Daisypath Happy Birthday tickers
Copyright 2009 MyPalace. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan